Halaman

Memaparkan catatan dengan label Rakan Harakiy-Agensi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rakan Harakiy-Agensi. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 04, 2011

Konvoi Raya Adilfitri PPIK 2011

Konvoi Raya Aidilfitri PPIK telah di adakan pada 2 September iaitu pada hari raya ke 4 yang disertai seramai 27orang termasuk 13 pimpinan. Konvoi ini akan bergerak ke 3buah rumah iaitu Ustaz Faisal (YDP ABIM Kelantan), Encik Wan Azman (Pengerusi WADAH Kelantan) & Cikgu Kamaruzzaman Kutty (Mantan YDP PPIK lepas).

Tujuan program sebegini diadakan bagi menekankan konsep keilmuan & ukhuwwan iaitu rumah-rumah yang diziarahi ini adalah dari kalangan orang lama yang banyak pengalaman dalam kepimpinan yang boleh dikongsikan kepada generasi muda.

Para peserta berkumpul di perkarangan masjid Telipot,Kota Bharu dan dimulakan dengan rumah YDP ABIM Kelantan yang berhampiran dengan masjid tersebut. Kemudiannya peserta bergerak secara konvoi ke rumah kedua iaitu rumag Pengerusi WADAH Kelantan di Baung Bayam dan terkahir ke rumah mantan YDP PPIK lepas yang berhampiran dengan sekretariat ABIM-PPIK.


Dirumah YDP ABIM Kelantan


Dirumah Pengerusi WADAH Kelantan




Dirumah Mantan YDP PPIK


ZiSRa PPIK ke Selatan Thailand


Pada 11-13 Ogos 2011 bersamaan 11-13 Ramadhan 1432H, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah membuat ziarah ke Selatan Thailand yang dikenali sebagai program Ziarah Saudara Ramadhan (ZiSRa) yang melibatkan wilayah Tak Bai dan Yala. Rombongan seramai empat orang yang diketuai Saudara Mohd Syahiran iaitu Timbalan Yang Dipertua. Tujuan ziarah ini buat untuk merasai sendiri suasana Ramadhan di Negara bergolak itu dan melawat keluarga-keluarga dimana ibu bapanya telah mati dibunuh tentera Siam.

Rombongan ini bertolak pada jam 8pagi waktu Malaysia dan disambut oleh Ust Nawawi, Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Yatim, Tabal-Takbai (AYATA) di jeti Tabal setelah mengambil masa 45minit perjalanan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor.

Kemudian rombongan berehat seketika di asrama AYATA & selepas asar bertolak ke Majlis memperingati tragedi Tabal pada tahun 2004 iaitu terjadinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Siam. Majlis ini dibuat disebuah tadika milik pribadi dan dianjurkan oleh Kak Nab (Puan Zainab) yang merupakan seorang wanita yang gigih membela nasib orang kampungnya. Turut bersama dalam majlis ini beberapa orang aktivis berketurunan Siam bukan Islam dan En. Wan Abdul Rahman, Wakil Global Peace Mission (GPM).

Selepas berbuka puasa, rombongan telah meneruskan perjalanan ke Yala dengan menumpang kereta En. Dahlan yang merupakan cucu kepada Ust. Dahlan pengasas gerakan Muhammadiyah di Indonesia. Beliau membesar di Bangkok dan menetap di Songkla serta aktif dengan Youth Muslim Assosiation Thailand (YMAT).Oleh sebab itu juga beliau tidak boleh berbahasa Melayu dan hanya dapat bertutur dengan menggunakan bahasa inggeris.

Rombongan PPIK selamat tiba di Bandar Yala dan disambut oleh En. Ismae Sale atau mesra di panggil Abg Mail yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan & Pembangunan Sumber Manusia (FEHRD) dan beliau membawa menginap di pusat Tabligh di Wilayah Yala.

Pada keesokan harinya, selepas bersahur & solat Subuh di pusat Tabligh tersebut, rombongan di bawa ke sebuah sekolah Agama Santitham untuk program “English Camp” yangmana peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 3 hingga 5 sehingga petang dan kemudian rombongan dipelawa untuk berbuka dengan masyarakat setempat di kampung “Berserat”.

Selepas berbuka & solat Maghrib, rombongan dibahagikan kepada dua iaitu dua orang akan menginap di rumah kakitangan FEHRD dan dua orang lagi termasuk ketua rombongan akan bermalam di rumah Abg Mail.

Pada esokkan hanya yang merupakan hari terakhir di Selatan Thailand, rombongan dibawa perkuburan Sultan Melayu terkahir Pattani iaitu Sultan Sulaiman dan kemudiannya ke rumah cucu atau waris terakhir kesultanan tersebut yang mesra dipanggil Pok Ku.

Di rumah Pok Ku, beliau telah menceritakan asal usul kesultanan Malayu Pattani dan saat berakhirnya kesultanan tersebut sehingga akhirnya kerajaan Siam dapat menawan seluruh tanah Pattani dibahagian Selatan Thailand ini.

Sehingga tengah hari rombongan di rumah Pok Ku & kemudian Abg Mail membawa rombongan ke stesyen van penumpang di Bandar Yala. Perjalanan dari Yala ke Tabal memakan masa selama dua jam dan selamat sampai di jeti sempadan sewaktu masuknya asar .

Di Tabal-AYATA:






Di Majlis Memperingati Peristiwa Tragedi Takbai :








Bersama En.Dahlan



English Camp :










Pusat Tabligh Wilayah Yala :





Ziarah Pok Ku :









Isnin, Februari 07, 2011

Program Kembara IPT (KIPT 2011)



Pada 28-30 Januari 2011, Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah mengadakan program yang diberi nama Kembara IPT , atau singkatannya (KIPT 2011) yang disasarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STAM dan STPM . Program ini mendapat kerjasama daripada pihak ABIM Besut yang menghantar seramai 30 orang pesertanya. serta 3orang pengiring iaitu Sdr Adham, Ab.Rahman dan Sdri Mizah.

Objektif KIPT 2011 adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar ke IPT-IPT yang mungkin diidam-idamkan serta dapat merasai sendiri suasana berada disana biarpun dalam jangka masa yang singkat.

Majlis Perasmian KIPT 2011, telah di sempurnakan oleh YBhg. En. Kamaruzzaman Bin TK Kutty yang merupakan penasihat utama PPIK dan juga mantan Yang Dipertua PPIK, bertempat di dewan Kompleks Masjid Al-Hikmah ABIM, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa. Turut bersama-sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Puan Ezzat Mulyawati mewakili pihak YaPEIM, Sdr. Hafeez (SU ABIM Kelantan), Ust. Amin (Exco ABIM Kelantan), Ust. Zaiman (YDP ABIM Besut), Ust. Shakir (TYDP ABIM Besut), Sdri Mizah (Exco PPIK), Sdri. Azura sebagai setiausaha Program dan juga Sdr. Mohd Syahiran yang merupakan pengarah bagi KIPT 2011 ini.

Peserta KIPT 2011 berlepas pada jam 10.30malam dengan menaiki dua buah bas yang disewa khas dan pada keesokkan paginya tiba di Pusat Asasi UIA PJ, untuk persiapan diri serta sarapan.

Kemudiannya KIPT 2011 menjelajah ke Universiti Malaya untuk bersama-sama dalam perasmian sambutan 50tahun Jubli Emas Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menjadi Persatuan Iduk bagi PPIK dan juga Persatuan pelajar Islam di negeri-negeri lain. Turut bersama-sama dalam perjalanan program ini iaitu Sdr. Abdullah Nawi, yang merupakan YDP PPIK, dan Sdr. Syazwan (Exco PPIK).

Sebelah petangnya, selepas solat Zohor, peserta menjelajah pula ke Universiti Putra Malaysia. Tiba di Pusat Islam UPM, disambut oleh rakan-rakan dari kelab Bimbingan Mahasiswa UPM (KBM) iaitu saudara Faris, Sdri. Atiqah Syai'rah dan lain-lain. Pihak KBM membawa peserta mengelilingi UPM bersama-sama dalam bas dan memberi penerangan tentang UPM termasuk Fakulti dan juga Asrama.

Kemudian, peserta KIPT 2011 dibawa ke Putrajaya bagi melihat sendiri tempat yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen. di sana, peserta dibenarkan bersiar-siar dan kemudiannya makan malam disitu.

Disebelah malamnya, Perserta Kembara IPT akan menginap di UKM, disana telah disambut oleh sdr. Arrabe' yang merupakan pelajar master disitu serta Pengerusi Kelab PKPIM di UKM. Peserta berehat dan keesokannya bersama Sdr. Arrabe' di Fakulti Sains Sosial. Disana para peserta dapat merasai suasana belajar dalam kuliah dimana tempat duduknya yang betingkat.

Kapada jam 11pagi, peserta KIPT 2011 pula berlepas ke destinasi terkahir, iaitu ke Pusat Belia Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertempat di Taman Cemerlang, Gombak. Disana para peserta diberi penerangan tentang ABIM dan juga tentang Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) yang disampaikan oleh Sdr. Syazni selaku timbalan pengerusi GPTD. Kemudian disana juga perasmian penutupan KIPT 2011 oleh YBhg. Dr. Mohd Mahyudi yang merupakan Exco ABIM Pusat.

Majlis Perasmian :








Tiba di PA UIA PJ






Di UM : Smbutan 50tahun PKPIM















Di UPM :










Di UKM







ABIM Pusat














Putrajaya