Halaman

Selasa, Mac 29, 2011

Projek ICT ABIM Kelantan : Kunjungan Wakil MOSTI buat kali ke 3


Pada 22 Mac 2011, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (ABIM Kelantan) telah menerima kunjungan wakil MOSTI iaitu Professor Dato' Dr. Goh Sing Yau dari Fakulti of Engineering & Science UniTAR dan bersamanya Mr Lee, ke Pusat ICT Program Celik dan Pintar ICT Royal Kelantan di Kompleks Masjid Al-Hikmah, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa.

Kunjungan mereka di sambut olehYDP ABIM Kelantan, Ust Faisal Abdullah, Puan Nadrah, (HELWA), En.Mazlan(Ketua Pengurusan Eksekutif ABIM Kelantan), En.Zahrin(Tenga Pengajar ICT), En. Faizul Afzan(PSU ABIM Kelantan) dan Sdr. Syahiran (Exco ABIM Kelantan).

Tujuan kunjugan dari MOSTI ini adalah sebagai panel penilai perjalanan Projek ICT yang mendapat kerjasama dengan pihak MOSTI yang telah bermula di akhir tahun 2010.