Halaman

Selasa, Mac 29, 2011

ABIM AJAK MASYARAKAT FAHAMI GEN-Y

Kepentingan mengenali dan memahami generasi Y ini kian mendapat perhatian dikalangan samada pertubuhan-petubuhan belia, sosial, perniagaan mahupun politik. Generasi yang semakin mendominasi dan mewarnai corak perkembangan negara ini juga menjadi tumpuan utama masyarakat kerana generasi ini ialah generasi terdekat yang akan memegang tampuk kepimpinan negara yang bakalbertukar ganti kepada generasi yang baru pada masa hadapan. Seminar yang berlangsung pada 15 Mac yang lalu ini dianjurkan hasilkerjasamaantara Angkatan Belia Islam(ABIM), Institut Penyelidikan Makmal Sains Sosial(IPSAS),Universiti Putra Malaysia(UPM), dan Sekolah Pembangunan Kerja Belia(SPKB).

Seramai 46 peserta yang terdiri dari pensyarah-pensyarah UPM, ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS), juga pelajar UPM. Seminar ini menampilkan tiga orang panelis. Pembentang pertama ialah Profesor Dr. Turiman Suandi yang merupakan Profesor di Fakulti Pendidikan UPM. Beliau menyifatkan perbezaan yang wujud diantara generasi-generasi yang ada tidak boleh dijadikan alasan untuk saling tidak mempedulikan antara satu sama yang lain. Malah perbezaan yang ada adalah untuk saling lengkap melengkapi.

Ini kerana generasi yang lama memerlukan generasi yang baru untuk meneruskan apa yang mereka laksanakan manakala generasi yang mendatang memerlukan dorongan dan panduan daripada generasi yang lama di samping meraikan pembaharuan yang dibawa. Panelis kedua ialah Saudara Affendi Ahmad atau lebih dikenali dengan Mat Saman Kati, seorang blogger yang juga aktif dalam bidang politik. Beliau berpendapat kebanyakan masyarakat sekarang hanya bercakap tanpa berkomunikasi. Selain itu antara kaedah untuk lebih mengenali generasi Y ini, adalah dengan menkaji apa kehendak mereka kerana kebanyakannya akan terpengaruh pada siapa yang memenuhi citarasa mereka.


Panelis yang ketiga ialah saudari Sue Anna Joe. Beliau juga merupakan seorang blogger yang memiliki beberapa blog antaranya ialah yang dinamakan “Budu dan Belacan”. Beliau yang turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang blogger yang mana antara kelebihan yang dapat diambil ialah dapat menerima komen dan pendapat daripada pelbagai kategori manusia. Perkaitannya dengan generasi Y ialah, ada sebahagian daripada golongan ini lebih gemar menyuarakan persoalan dan pendapat juga lebih gemar mencari jawapan kepada persoalan melalui dunia digital.

Pada sesi soal jawab, saudari Sue Anna berpendapat setiap permasalahan wajar diselesaikan dengan segera dan bukan dengan membiarkannya kerana kelak akan terus merebak. Para peserta tidak melepaskan peluang menyuarakan pendapat dan persoalan kepada ahli panel dengan mengambil bahagian pada sesi soal jawab. Majlis penutup dirasmikan oleh Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab. Rahim.