Halaman

Rabu, Mac 30, 2011

Lawatan Kerja ABIM Kelantan ke Sinar Harian




Pada 24 Mac 2011, ABIM Kelantan telah membuat lawatan ke Pusat Operasi Akhbar Sinar Harian edisi Kelantan & Terengganu yang bertempat di pusat perindustrian Pengkalan Chepa.

Lawatan ABIM Kelantan yang diketuai oleh Ust.Faisal Abdullah selaku YDP ABIM Kelantan bersama-sama Ust Abdullah (ABIM Pengkalan Chepa), Sdr. Mohd Syahiran (Exco ABIM Kelantan), Puan Nadrah (HELWA) dan Puan Sharifah (Eksekutif Pentadbiran) yang disambut oleh En. Abdullah Hj. Idris (Executif-HR/Admin Sinar Harian) dan dibawa ke bilik mesyarat.

Kemudian pihak rombongan diberi penerangan mengenai pengenalan, etika dan polisi Akhbar Sinar Harian dan Kewartawanan oleh En. Mohd Zailani Abd. Rahman, selaku Ketua Wartawan di Kelantan.

Beliau menerangkan mengenai wartawan Sinar Harian diberi kebebasan untuk menulis berita-berita yang berlaku dalam negeri Kelantan dengan bersyarat maklumat itu haruslah tepat dan tiada tokok tambah dalam berita yang ingin ditulis.

Katanya lagi, wartawan-wartawan Sinar Harian telah menjadi tempat luahan atau tempat aduan masalah, seperti konflik rumah tangga dan bekalan elektrik terputus yang sepatutnya boleh terus berhubung dengan pihak yang sepatutnya. Ini yang beliau nampak kehadiran Akhbar ini disenangi malah mendapat sambuatan oleh masyarakat setempat.

Turut bersama dalam perjumpaan ini, Puan Surena Mohd Noor, Pengurus bagi Pusat Operasi Akhbar Sinar Harian di Kelantan ini.

Kemudian, rombongan dibawa melawat tempat pemprosesan dan percetakan akhbar Sinar Harian.