Halaman

Isnin, Mac 28, 2011

Tamrin Guru-guru Taski/Tahfiz ABIM



Pada 11-13 Mac 2011, telah di diadakan Tamrin untuk penaga pengajar taski dan tahfiz Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) peringkat Kebangsaan kali kedua bertempat di Kompleks Masjid Al-Hikmah, Tanjong Mas, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Takmir Pendidikan ABIM (YTP) dengan kerjasama ABIM Kelantan ini dihadiri oleh guru-guru taski/tahfiz seluruh Malaysia iaitu seramai 145 orang dan dirasmikan oleh YBhg. Dr. Razak Idris, Presiden ABIM Pusat. Turut bersama dalam majlis perasmian ini ialah Hj. Muhyiddin b. Ashaari, Ketua Pengarah YTP, Hj. Baharuddin, Pengarah Bahagian Taski YTP, YDP ABIM Kelantan, Ust. Faisal Abdullah, Naib Presiden WADAH Pusat, Tuan Hj. Ahmad Azam, dan Pengerusi WADAH Kelantan, Ust Wan Hassan.

Tujuan tamrin atau khusus perguruan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan terkini serta penyelarasan teknik-teknik pembelajaran terkini bagi kanak-kanak.

Majlis penutup telah di rasmikan oleh YBhg Ust Abdullah, Ketua Halaqat, JEHAIK, Kerajaan Negeri Kelantan.