Halaman

Ahad, Januari 16, 2011

Islamic Outreach ABIM Buka Cawangan Baru


Pada 27 Disember yang lalu, masjid lama sepang telah mengadakan program perasmian masjid lama Sepang sebagai pusat dakwah komuniti. Seramai 80 orang telah menghadiri majlis tersebut. 30 orang terdiri daripada anak–anak yatim / miskin rukayyah ( KKR–Amal) , 10 orang ABIM dan selebihnya masyarakat setempat. Aturcara bermula sembahyang maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan yassin dan doa. Selepas sembahyang Isyak secara berjemaah majlis bermula dengan pengerusi majlis membuka tirai dan diikuti dengan ucapan Hj Azman sebagai penghulu kampung disitu.

Beliau berucap lebih kurang 20 minit sekitar 8.50 malam hingga 9.10 malam. Selepas selesai beliau berucap, majlis diteruskan dengan ucapan Dr. Muhamad Razak selaku Presiden ABIM. Doctor Razak berucap sekaligus merasmikan masjid lama Sepang Sebagai Pusat Dakwah – Komuniti. sekitar 30 minit dari 9.10 malam hingga 9.40 malam. Atucara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Hj Azman yang disampaikan oleh Doktor Rahman (Pengerusi KKR – Amal) dan penyampaian cenderahati kepada Doktor Razak disampaikan oleh Saudara Azril (Pengerusi Islamic outreach ABIM) .Setelah selesai penyampaikan cenderahati, majlis ditutup oleh pengerusi majlis dan semua jemaah dihidangkan jamuan. Sekitar 10.30 malam,semua bersurai.