Halaman

Ahad, September 26, 2010

Lawatan Kerja YDP ABIM Kelantan Ke IOA


Pada 22 September 2010 YDP ABIM Kelantan, Ust. Faisal Bin Abdullah telah membuat lawatan kerja ke Islamic Outreach ABIM Kelantan yang merupakan salah satu agensi ABIM Kelantan bertempat di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Islamic Outreach ABIM Kelantan atau IOA merupakan sebuah agensi kemasyarakatan yang menumpukan pendekatan dakwah kepada orang-orang asli dan juga mu'alaf. IOA akan sentiasa turun ke kampung-kampung orang asli di negeri Kelantan mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengikuti perkambangan orang asli dalam meyusun metode semasa disamping membuat kelas bimbingan untuk anak-anak orang asli dan mu'alaf di Pusat Tarbiah di Kok Lanas.

Ust.Faisal bersama Setiausaha Negeri saudara Hafeez dan juga Saudara Syahiran yang merupakan exco ABIM Negeri, di sambut oleh Ayah Din, Ayah Lik , Naszreen yang menjadi tunjang dalam pergerakaan IOA di Kelantan ini.

Tujuan lawata ini adalah bagi melihat perkambangan semasa IOA dan berbincang hal-hal semasa yang boleh diperbaiki bagi memperkemaskan gerak kerja dan memberikesan yang lebih baik kepada sasaran.

Selain itu IOA sedang dalam proses menyiapkan dua buah bangunan yang akan dijadikan sebagai asrama dan sebuah lagi akan dijadikan kelas pengajian bagi pelajar-pelajar yang diambil olrh pihak IOA. Semoga IOA akan menjadi sebuah badan dakwah yang akan melahirkan umat Islam yang kuat disuatu masa nanti.


Ust Faisal ( tengah) Diiringai ayah Din dan Hafeez (SU Negeri)

Melawat bangunan yang akan menempatkan kelas




Pemandangan di belakang IOA


Pemandangan di belakang IOA

Bangunan yang akan dijadikan asrama