Halaman

Ahad, September 26, 2010

ABIM Kelantan Ziarahi Staff Dan Exco Bersalin



Pada 21 September 2010, ABIM Kelantan telah menziarahi exco dan staf yang baru menimang cahaya mata pada awal syawal baru-baru ini. Rombongan diketuai oleh YDP Ustaz Faisal Bin Abdullah, Setiausaha Negeri Saudara Hafeez, Ketua Helwa Puan Nadrah, Ketua Biro Pembagunan Sosial Saudara Alami, Ketua Biro Siswazah Saudara Syahiran, serta beberapa staff iaitu Puan Habibah, Puan Hasnah dan pelajar praktikal saudari Yati.

Kunjungan zirah ini bermula di rumah puan Syarifah Syahrizat atau panggilan mesranya, Kak Pah di Kampung To’ Uban, Pasir Mas yang selamat melahirkan seorang puteri yang sihat pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini yang diberi nama Aufa Imtiaz. Puan Syarifah merupakan Penolong Eksekutif di pejabat ABIM Kelantan.

Kemudian rombongan beralih ke rumah Puan Suhaida yang merupakan ketua biro penataran yang memfokuskan kepada Islamic Outreach ABIM Kelantan iaitu salah sebuah agensi ABIM yang berorientasikan dakwah kepada orang asli dan mua’alaf. Puan Suaida telah selamat melahirkan anak yang juga seorang puteri pada hari raya baru-baru yang beri nama Nur Sumaiyyah.

Disebelah tengah hari pula ke rumah seorang lagi exco ABIM Kelantan di PCB yang juga dianugerahkan seorang puteri pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini iaitu puan Ezzat Mulyawati atau juga dikenali sebagai Kak Jat. Beliau yang telah berkahwin dengan bekas aktivis IOA iaitu Encik Hazrat pada tahun lepas dan Alhamdulillah mereka dianugerahkan anak sulong yang diberi nama Huraiyyah Maisara.

Selain menziarahi exco dan staff ABIM Kelantan yang baru bersalin, pihak ABIM Kelantan juga turut menziarahi tukang kebun Sekolah Rendan Islam (SRI) Al-Hikmah ABIM iaitu Encik Ghani dan juga turut menziarahi abang kepada salah seorang pelajar praktikal iaitu adik Suzi ,yang dimasukkan ke Hospital Besar Sultanah Zainab Kota Bharu. Encik Ghani dimasukkan ke hospital pada hari raya yang lepas kerana mengidap strok dan manakala abg kepada adik Suzi dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan dan menjalani pembedahaan.

Pihak ABIM Kelantan mendoakan agar mereka dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT dan juga tahniah kepada exco dan Staff yang baru melahirkan anak yang sihat dan comel-comel semoga anak-anak ini dapat menjadi seorang manusia yang meneruskan perjuangan agama Allah ini.


Di rumah Puan Syarifah:-









Dirumah Puan Suhaida :-




Di rumah Puan Ezzat Mulyawati




Foto by : Syah