Halaman

Jumaat, April 30, 2010

Lawatan Sambil Belajar Guru Taski Ke Kedah dan Langkawi


30 April : Gabungan Guru-Guru Taski ABIM Kelantan kini sedang mengadakan sesi Lawatan Sambil Belajar ke Kedah dan Langkawi. Lawatan ini bertujuan untuk melawat beberapa agensi ABIM dan Tadika Cemerlang di Kedah dan Langkawi. Para peserta telah disambut oleh Presiden ABIM yang turut berada di Kedah bagi menghadiri Bengkel Kerja ABIM Negeri di Taman Siswa UUM Jitra Kedah. Satu majlis ramah mesra telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Alor Star bagi mengalukan kehadiran gelegasi Guru Taski Kelantan.