Halaman

Jumaat, April 30, 2010

Delegasi ABIM Kelantan Berbengkel di Jitra Kedah


30 April : Pimpinan Kanan ABIM terdiri daripada Ustaz Faisal (YDP) , Anuar Ibrahim (TYDP), Alami (SU Negeri) dan Faizul Afzan (Pen SU Negeri) telah menjadi Delegasi ABIM Kelantan ke Bengkel Kerja ABIM Negeri bertempat di Taman Siswa UUM Jitra Kedah.

Delegasi bertolak seawal jam 4.00 pagi dan selamat sampai di Taman siswa UUM pada jam 11.30 pagi. Pelbagai slot dan perbincangan akan diikuti sepanjang 3 hari berkampung di sini. Antara slot yang akan dikuti oleh pimpinan ialah slot bersama Presiden ABIM (Ustaz Razak) yang akan membentangkan Agenda Pengupayaan Sebagai Persediaan Menjayakan tekad ABIM sebagai Gerakan Ilmu dan Bakti.



Slot lain yang akan dikuti termasuk bengkel pengukuhan institusi dan agensi, kaderisasi, pembangunan organisasi dan urusan Gerakan.

Pada hari terakhir semua perwakilan ABIM seleuruh negeri akan membuat lawatan ke Madrasah Tarbiyyah Islamiah Derang yang merupakan institusi tarbiyyah yang dipimpin oleh Syeikh Fahmi Zam-zam yang cukup sinonim dengan ABIM.

Lawatan Ke SRI Alor Star




Pada petang tadi, YDP ABIM (Ustaz Faisal) dan PSU ABIM (Faizul Afzan) bersama dengan Presiden ABIM (Ustaz Razak) dan YDP ABIM Kedah (Ustaz Hafiz) berkesempatan melawat ke Seri Alor Star sempena Lawatan Guru-Guru Taski ABIM Kelantan ke Kedah dan Langkawi. Presiden ABIM sempat mengadakan sesi ramah mesra bersama peserta rombongan tersebut.