Halaman

Jumaat, Oktober 23, 2009

ABIM Tubuh Jawatankuasa Khas Pantau Isu Syariah

Kuala Lumpur 16 Okt. - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semalam menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau isu-isu syariah yang dihadapi oleh umat Islam di negara ini. Naib Presidennya, Fadhlina Siddiq berkata, penubuhan jawatankuasa yang dikenali sebagai Bertindak Advokasi Syariah Malaysia (Jawab) itu akan membolehkan ABIM mengenal pasti serta merangka tindakan berhubung kenyataan menghina Islam dan undang-undang syariah di negara ini.


Katanya, sebelum ini, Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) mendakwa hukuman sebat syarie adalah kejam dan menggesa undang-undang syariah dimansuhkan. "Dengan adanya jawatankuasa ini, kita berharap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah memahami agar tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam."Jawatankuasa ini juga akan bertindak sebagai penyelaras gabungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain dalam berhadapan dengan isu-isu syariah secara berkesan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat ABIM di sini semalam.
Sumber dipetik : www.utusan.com.my