Halaman

Jumaat, Oktober 23, 2009

Dakwah Media : Pendekatan Generasi Muda ABIM Kelantan

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya.

Di peringkat budaya, media massadi harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agamadan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.


Oleh itu, pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada. Media massa bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasa kendiri individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya.

Justeru, pengaruh negatif media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elekronik ini sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh media massa seperti media cetak dan media elektronik dilihat sebagai punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Hal ini disebabkan, belia kini lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Secara tidak langsung, keasyikan ini menyebabkan pelajaran, kerja
rutin harian dan tanggungjawab lain diabaikan.

Begitulah besarnya pengaruh media dalam menyebarkan maklumat dan daripada situlah pihak mengambil peluang untuk menjadikan medium ini sebagai alat untuk menyampaikan dakwah, maklumat dan dalam masa yang sama mendekati generasi muda di Kelantan bermula dari peringkat kanak-kanak, pelajar sehinggalah diperingkat belia.

Dengan cara ini memudahkan masyarakat faham tentang apa yang disampaikan dan skopnya lebih meluas tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja. Ini akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

Pendekatan media yang diambil disini bukan bermaksud ke stesen radio atau televisyen dan sentiasa mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar-akhbar walaupun tidak dinafikan sentisa diperlawa untuk mengisi slot-slot dalam rancangan yang disediakan.

Pendekatan kami dalam penggunaan media ialah dengan menggunakan media-media baru yang ringan seperti memanfaatkan Internet dengan menulis blog serta menggunakan email,facebook dan friendster menghantar kata-kata, peringatan dan isu-isu terkini. Dan Selian itu juga dengan mengeluarkan risalah atau akhbar setiap bulan atau minggu atau mencetak stiker yang berbentuk nasihat atau peringatan sebagaimana yang telah digunakan oleh pendakwah-pendakwah yang lain.

Dengan cara ini merupakan salahsatu cara untuk mendekati masyarakat dan menampakkan peranan ABIM Kelantan di negeri Serambi Mekkah ini.


"Meneladani Qudwah,Membina Generasi."

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Ketua Biro Siswazah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Negeri Kelantan.