Halaman

Ahad, Julai 12, 2009

Muktamar ABIM Kelantan ke 36 / 2009

Pada 11 Julai 2009, Alhamdulillah Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Mesyuarat tahunan yang kali ke 36 ini masih seperti tahun yang lepas dari segi tempat penganjurannya iaitu di Rumah Puteri Harapan (RPH) Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa , Kota Bharu.

MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR

Upacara pembukaannya, Wakil Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan dan para dif jemputan disambut oleh kawalan kehormat daripada Pasukan Briged Bakti Remaja yang ditubuhkan oleh ABIM Kelantan dan kini berdaftar di peringkat Malaysia.


Ketibaan Dif-Dif Jemputan

Perbarisan Kawalan Kehormat Dari Pasukan Briged Bakti Remaja


Acara seterusnya, sebagai mengisi agenda di Majlis Perasmian, di mulakan oleh aluan pengacara Majlis , saudara Zul Amin dan pembacaan doa oleh Ustaz Amin. Majlis diteruskan dengan melaungkan nasyid Asma Ul Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Perjuangan ABIM. Kemudian para muktamirin/rat di hidangkan dengan sesi pengenalan secara keseluruhan tentang objektif muktamar kali ini melalui tayangan pembukaan multimedia yang bertajuk Meneladani Qudwah Membina Generasi.
Bacaan Doa
Menyanyikan Lagu Asma'ul Husna, Negaraku dan Lagu Rasmi ABIM






Ucapan Alu-aluan YDP ABIM Kelantan

Ucapan alu-aluan oleh Ust. Faisal Abdullah selaku Yang Dipertua ABIM Kelantan memaknai maksud tema pada muktamar sanawi ABIM kelantan iaitu "Meneladani Qudwah,Membina Generasi" . Beliau menerangkan tentang betapa pentingnya pembinaan generasi muda hari ini perlu dikembalikan nadi kekuatan mereka dengan menyusun kembali kaedah dari segi uslub tarbiyyahnya dengan memahami dan meneladani qudwah tokoh-tokoh terdahulu yang berjaya dalam pelbagai bidang . Paling penting qudwah yang harus dilihat dari tokoh-tokoh tersebut dari segi pembinaan tarbiyyah dan sahsiah akhlak yang menjadi pendorong kuat kepada kejayaan tokoh-tokoh ini. Beliau juga membariskan tokoh-tokoh seperti Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fatih, Tariq Ziad dan beberapa lagi tokoh-tokoh yang harus menjadi kajian rujukan yang menghasilkan nilai untuk di teladani.



Ucaptama oleh Presiden ABIM Pusat


Penyampaian Ucaptama Presiden ABIM pusat , Tuan Hj. Yusri Muhammad juga menekankan kepentingan meneladani qudwah melalui tokoh-tokoh Islam ini supaya kehebatan "Hero Islam" yang memperjuangkan serta mendaulatkan Islam dicontohi generasi muda.Beliau bukan sahaja menekankan soal menghayati dan meneladani qudwah, bahkan beliau memberi penekanan tentang perlaksanaan gerak kerja organisasi dakwah seperti ABIM khususnya pada hari ini supaya bermuhasabah , adakah gerak kerja organisasi selama ini memenuhi tuntutan akhlaq dan prinsip sebenar kesempurnaan untuk memperoleh kejayaan dalam perjuangan? Beliau memberi contoh kejayaan generasi Salahuddin yang berjaya menawan Kota Baitul Maqdis, sebenarnya kesempurnaan mereka untuk memenuhi tuntutan kejayaan itu lahir sejak dari madrasah - madrasah tarbiyyah yang di bina oleh Imam Al-Ghazali dan Abd Kadir Jailani sekian lama yang bertindak sebagai pemangkin pembinaan akhlak dan spiritual mereka.



Ucapan Perasmian Oleh Timb. Pengarah JBS Negeri Kelantan


Acara perasmian Muktamar Sanawi ini akhirnya disempurnakan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Abdul Rahman Selaku Timbalan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Kelantan yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan. Beliau menyentuh tentang perkembangan perlaksanaan Akta Belia yang kini sedang dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara. Beliau juga banyak menyatakan penghargaan kepada ABIM yang telah banyak menyumbang dan merealisasikan matlamat Kementerian Belia Dan Sukan khususnya dalam proses transisi kepimpinan kepada generasi muda belia kini dalam memenuhi kehendak akta Belia (ROY).

RELEVENSI MENELADANI QUDWAH MUHAMMAD AL-FATIH
KEPADA GENERASI MUDA.


Pembentangan Ceramah


Usai sahaja majlis perasmian dan minuman pagi, Majlis diteruskan dengan seminar bersempena tema Meneladani Qudwah Membina Generasi. Sesi ini di kendalikan oleh saudara Faizul Afzan, Penolong Setiausaha ABIM Kelantan sebagai moderator dan penceramah khas yang diundang ialah Saudara JuFitri Joha yang merupakan Exco Undang-Undang ABIM Pusat dan juga selaku Pengerusi Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD pusat).


Temubual secara Video Conference dengan
saudara Faiz di Turki


Saudara Jufitri telah menyampaikan tajuk ceramahnya iaiatu Relevensi meneladani Qudwah Muhammad Al-Fatih kepada Generasi muda. Dalam sesi ini,saudara Jufitri telah memberikan kaedah pengkisahan yang amat menarik untuk difahami oleh muktamirin berkenaan dengan karakter, strategi, keilmuwan dan lain-lain. Dalam sesi ini juga dibantu dengan presentasi powerpoint dan video bagi memudahkan dan menarik perhatian muktamirin untuk memahami. Disamping itu juga, diadakan lintas langsung perbualan saudara Faizul Afzan dengan saudara Faiz yang merupakan koresponden GPTD ke Turki melalui video konferens Yahoo Messengger. Antara maklumat terbaik yang disampaikan oleh beliau ialah pengalaman beliau bersolat subuh bersama 15000 orang generasi muda di Masjid Suleyman di Instanbul.

PELANCARAN GRUP GENERASI AL-FATIH

Sesi kedua ini berakhir dengan pelancaran Grup Generasi Al-Fatih oleh Presiden ABIM bersama saudara Jufitri Joha. Saudara Faizul Afzan (PSU ABIM Kelantan) dilantik sebagai Ketua Grup tersebut untuk menggerakkan misi yang digariskan dalam grup tersebut. Grup Al-Fatih ini juga akan beroperasi di bawah naungan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang bertujuan meneladani sejarah kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang memimpin terteranya menakluki Konstantinople serta sumbangan lainnya.


Pelancaran Grup Generasi Al-Fateh oleh
Presiden ABIM (Tn Hj Yusri) , dan Pengerusi GPTD (Jufitri)

Grup ini juga akan mengkaji strategi dan corak kepimpinan serta carahidup Generasi Al-Fatih yang akan dijadikan nilai untuk di adaptasi dalam kehidupan masakini samada dalam bentuk motivasi, kepimpinan, pengurusan strategik dan pembinaan jatidiri generasi muda..

Modul Kajian Strategik Karakter Sultan Muhammad Al-Fatih akan bersumberkan 5 kajian asas :

+ Penegasan Misi (Daya Saring)
+ Pembinaan Karakter (Daya pimpin)
+ Pengendalian Diri (Daya Tahan)
+ Jaringan Strategik (Daya Saing)
+ Tindakan Bersepadu (Daya Juang)

SESI MUKTAMAR NEGERI


Sidang Muktamar


Sesi ketiga ialah sidang muktamar yang berlangsung usai muktamirin /rat solat zohor dan makan tengahari. Perwakilan serta pemerhati daripada seluruh daerah dan jemputan khas dari ABIM Besut berpartisipasi dalam muktamar ini. Kali ini Muktamar memperlihatkan sedikit perubahan dari segi pimpinan baru yang diumumkan oleh Presiden ABIM dimana pada sesi ini ABIM Kelantan memperkenalkan beberapa muka baru dalam exco iaitu Saudara Ust. Amin, Saudara Bajili, Saudara Hilmi Ramli, Saudara Mohd Syahiran dan juga Saudari Herawani Asyikin. Manakala Pimpinan Kanan juga mengalami sedikit perubahan iaitu jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha Kewangan yang di isi oleh muka baru.
Berikut adalah Jawatan kuasa Kanan Qiadah ABIM Kelantan Sesi 2009/2010 :

Yang Dipertua : Ustaz Mohd Faisal Bin Abdullah
Timbalan Yang Dipertua : Mohd Khairul Anuar Bin Ibrahim
Setiausaha : Mohd Alami Bin Salleh
Penolong Setiausaha : Mohd Faizul Afzan Bin Mamat
Setiausaha Kewangan : Ustaz Fadlul Rahman Bin Azizan
Ketua Kelwa : Saudari Nadrah Binti Ghani

Bergambar bersama saff pimpinan baru ABIM Kelantan
bersama Presiden ABIM dan Pengerusi GPTD pusat.

Majlis berakhir dengan ucapan penangguhan oleh perwakilan daerah dan agensi serta komuniti Pelajar (PPIK) dan di rumuskan dalam ucapan penangguhan Yang Dipertua . Majlis berakhir pada jam 3.45 petang. Berikut adalah koleksi Gambar-gambar disepanjang Muktamar Sanawi kali ini.

Catatan Oleh :
Mohd Shahiran Muhammad
Ketua Biro Siswazah Muda
ABIM Kelantan