Halaman

Ahad, April 05, 2009

Lawatan Guru Taski ke Kuala Terengganu


Pada 30 Mac 2009, Pihak Taski ABIM telah mengadakan lawatan ke Kuala Terengganu bersama 40 peserta yang terdiri daripada guru-guru taski Al-Hikmah, Taski Teluk Putri dan Taski Solihin bersama anak-anak. Rombongan ini diketuai oleh Ust. Zahidin dan Cikgu Hazani bersama Saudara Syahiran mewakili Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK).




Pada 30 Mac 2009, Pihak Taski ABIM telah mengadakan lawatan ke Kuala Terengganu bersama 40 peserta yang terdiri daripada guru-guru taski Al-Hikmah, Taski Teluk Putri dan Taski Solihin. Rombongan ini diketuai oleh Ust. Zaidin dan Cikgu Hazani bersama Saudara Syahiran mewakili Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan.

Peserta rombongan berkumpul di perkarangan Sekolah Rendah ISlam Al-Hikmah (SRI Al- Hikmah) pada jam 8pagi dan bertolak pada jam 9pagi dengan menaiki bus persiaran yang disewa khas. Rombongan ke Kuala Terengganu ini bertjuan untuk mengambil peluang melawat ke Taski di Kuala Terengganu sambil bersiar-siar sempenan cuti hari Keputraan YDMM Sultan Kelantan.

Lawatan pertama kami ialah ke Taski Darul Hikmah, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Kami disambut oleh cikgu Tengku Nasriah iaitu salah seorang daripada empat orang tenaga pengajar Taski disitu. Kemuadiaannya kami dibawa melawat ke dalam kelas dan diberi penerangan oleh Puan Hjh. Maimunah yang merupakan ahli lembaga taski Terengganu dan bekas ketua Helwa ABIM Pusat pada era 90-an.

Selepas dijamu makan tengah hari disana, rombongan meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal untuk solat Zohor disana sambil melihat rekabentuk masjid yang dipenuhi cermin itu.

Pada jam 2.30petang rombongan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu iaitu di Pasar Besar Payan untuk membeli belah serta cenderahati untuk dibawa pulang biarpun kebanyakannya barang-barang disana juga daripada negeri Kelantan.

Pada jam 5 petang rombongan meneruskan perjalanan ke Pantai Penarik untuk melihat suasana pantai disitu sambil menghabiskan makanan-makanan yang dibawa dan solat maghrib di sebuah masjid yang berdekanan dengan Sekolah Menengah Teknik. Rombongan selamat sampai di Kota Bharu iaitu di perkarangan SRI Al-Hikmah pada jam 10malam.


*Klik pada gambar untuk imej jelas

Penerangan oleh pihak taski Darul Hikmah
:Cg,. Tg. Nasriah dan Puan Hjh. Maimunah

Sesi pembelajaran di taski ini


Papan tanda menunjukan lorong ke Taski

Peserta rombongan

Puan Hazani (Penyelia Taski Kelantan)

Bergambar di Pantai Penarik

Anak-anak guru taski

Bergambar di Pasar Besar Payang

Tiba di Masjid Kristal


Bergambar (Ust. Zahidin,Puan Hazani serta anak-anak dan Saudara Syahiran)