Halaman

Isnin, April 13, 2009

Lawatan Kerja ke Pusat Islam Hospital USM Kubang Kerian


Pada 11 Mac 2009 yang lalu iaitu hari selasa, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM) Negeri Kelantan telah membuat lawatan kerja ke Pusat Islam Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM), Kubang Kerian.

Pihak ABIM Kelantan diwakili Ust Faisal selaku YDP, En. Alami Selaku Setiausaha negeri, En Faizul Afzan selaku penolong setiausaha, Cik Nadrah selaku ketua Helwa dan Saudara Syahiran mewakili PPIK disambut oleh Timbalan pengarah Pusat Islam iaitu Dr. Wan Nudri bersama staff mereka.

Pusat Islam mempunyai 8 orang staff iaitu 6 lelaki dan 2 perempuan. Ditubuhkan pada 1781 yang dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Islam sehingga tahun 2002. Manakala pada tahun 2003 unit ini dinaik taraf sebagai Pusat Islam HUSM.

Objektif lawatan kerja ini bagi mencari usaha kerjasama yang boleh dibuat dalam sama-sama menyelesaikan masalah umat yang kian parah ini. Pihak Pusat Islam HUSM juga banyak membuat program-program berbentuk ilmiah dengan pendekatan yang boleh menarik minat mahasiswa disana dalam menghadiri program-program sebegini.