Halaman

Ahad, April 05, 2009

Lawatan Kerja Ke Jabatan Belia & Sukan

Pada 25 Mac 2009, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan ( ABIM Kelantan) membuat lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan. Ustaz Faisal selaku Yang Di Pertua ABIM Kelantan bersama-sama exco yang lain iaitu Encik Alami Selaku setiausaha ABIM Negeri, Encik Mazlan, Cik Nadrah selaku Pengerusi Helwa ABIM Negeri, Cik Suhaida Exco Penataran dan Saudara Syahiran mewakili Persatuan Pembimbing Pelajar ISlam Kelantan ( PPIK).

Pejabat Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan itu bertempat di tingkat 7 Wisma Persekutuan, dan setibanya kami disana disambut oleh setiausaha Pengarah iaitu Encik Halim dan mengiringi kami ke bilik pengarah. Dalam lawatan kerja ini Pihak ABIM membincangkan tentang masalah yang dihadapi dalam mengendalikan program-program kepada belia dan dari segi masalah peruntukan.

Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman selaku Pengarah Jabatan Belia & Sukan juga banyak bersependapat dalam masalah-masalah yang di nyatakan oleh pihak ABIM dan banyak membincangkan kerjasama dalam kesamaan gerak kerja dan bersedia untuk kerjasama antara dua pihak.

Foto & Artikel Oleh : SyahiranMuhd