Halaman

Rabu, Oktober 15, 2014

Refleksi Minda | Ideologi Kebangsaan Dr Burhanuddin al-Helmy: Menuntut satu pembentukan radikal



“Kebangsaan Melayu bukan dibina semata-mata kerana seseorang itu bangsa Melayu atau bapanya Melayu, datuknya Melayu, tetapi kebangsaan Melayu itu adalah diasaskan dan dibina di atas kebangsaan Melayu iaitu kebangsaan mengikut tabiat semula jadi kedudukan bumi, keturunan pusaka, kebudayaan baka dan penduduk hak mutlak bumi pertiwi ini. Yang bersatu hasrat pada azamnya, bersatu padu dalam ideologi kebangsaannya…” 3
"Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno." 4
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.” Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmi. Baca artikel penuh menerusi pautan berikut:
‪#‎sejahterakanmalaysiadengandakwah‬
http://utam.net/index.php/component/k2/ideologi-kebangsaan-dr-burhanuddin-al-helmy-menuntut-satu-pembentukan-radikal