Halaman

Isnin, September 26, 2011

ABIM ANJUR SAMBUTAN AIDILFITRI

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri pada 24 September lalu perkarangan Pusat Pembangunan Belia Islam Malaysia, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang. Majlis sambutan ini yang turut dianjurkan bersama dengan agensi-agensi di bawah kelolaan ABIM telah dihadiri ramai hadirin baik di kalangan aktivis ABIM, PKPIM dan WADAH, tokoh-tokoh masyarakat, serta masyarakat awam. Terdahulu sebelum itu, satu majlis ringkas penyerahan watikah perlantikan ahli jawatankuasa kerja ABIM Pusat dan negeri telah disempurnakan. Dalam ucaptamanya, saudara Presiden, Amidi Dato' Abdul Manan telah berkongsi aspirasi serta hala tuju ABIM untuk tempoh beberapa tahun akan datang.