Halaman

Ahad, April 24, 2011

IMBAUAN 40 TAHUN ABIM: MEMPOPULARKAN BUDAYA BERTUDUNG

Oleh: Prof Dr Khalijah Salleh, Setiausaha Wanita ABIM (Ketua HELWA ABIM), 1973-1974

Saya masih ingat kenangan ketika mula-mula mempelopori pemakaian tudung kepala bersama beberapa orang rakan. Hasrat ini timbul setelah membaca Al-Qur'an. Semasa itu hasrat untuk mengamalkannya begitu mendalam. Bagaimanapun pada peringkat awal, kami mendapat tentangan kuat daripada pelbagai pihak yang tidak menyenanginya. Kami banyak kali disindir dan digelar dengan bermacam-macam gelaran seperti "orang pakai dakwah","hantu bungkus" dan sebagainya.

Alhamdullilah, dalam hal ini kami mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan. Kini pemakaian tudung tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik bagi kaum wanita di Malaysia, malah majoriti wanita Melayu dan Islam mula menyedari keperluan dan tuntutan memakai tudung ini. (Dipetik daripada buku, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1971-1996)