Halaman

Sabtu, Januari 22, 2011

Wacana Muslim Minoriti Sulu

Wacana ini meupakan satu pembentangan mengenai isu masyarakat muslim yang menjadi golongan minoriti di Filipina. Sejarah pemerintahan kerajaan Filipina sebenarnya ditadbir oleh Kesultanan Sulu iaitu sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina terutama Mindanao. Selama 377 tahun Sepanyol telah mencuba untuk menguasai Filipina secara keseluruhannya tetapi tidak berhasil malah Kerajaan Sulu berjaya bertahan dan masih merdeka sehingga ke hari ke ini. Ini disebabkan mereka adalah dari kalangan golongan yang bependidikan untuk mentadbir pemerintahan berlandaskan cara Islam. Walaupun penubuhan madrasah pendidikan Islam tidak dibenarkan di Filipina, masyarakat muslim Sulu belajar mengenai agama di kawasan lain sekitar Nusantara seperti di Melaka dan Singapura. Selepas Sepanyol, penjajahan ke atas Filipina diteruskan oleh Amerika.

Kesultanan Sulu sebenarnya diiktiraf oleh kuasa dunia seperti Britain, Jerman dan Amerika. Maka muslim di Filipina tetap wujud walaupun menjadi golongan yang minoriti dan berdepan dengan cabaran dalam mempertahankan hak mereka yang cuba dirampas terutama dari pihak Amerika. Walaupun mereka tidak mampu untuk menghasilkan senjata dan kelengkapan perang yang berteknologi tinggi tetapi mereka masih mampu berhadapan dengan peperangan menentang penjajah sehingga peperangan berlanjutan sekitar 300 tahun. Tetapi sejarah ini tidak menjadi bahan liputan oleh pihak media untuk melaporkan situasi sebenar ditambah dengan keterbatasan sistem komunikasi yang dimiliki. Wujud ketidakadilan dan hak kebebasan muslim di sulu disekat kerana semuanya dikawal oleh penjajah. Antara tujuan utama Amerika cuba menguasai Filipina terutama sekitar kepulauan sulu adalah disebabkan sumber minyak yang terbesar yang ada disana.

Kini, Amerika cuba pula untuk menguasai laluan laut yang terletak diantara Malaysia dan Filipina. Misi ini merupakan misi yang penting bagi Amerika kerana laluan tersebut merupakan laluan utama dan strategi bagi pembekal barang dagangan ke China kerana dijangkakan akan tercetus peperangan antara Amerika dan China. Sepertimana maklum, Kesultanan Sulu melangkaui daerah penguasaannya sehingga ke Sabah. Walaupun demikian isu ini tidak dititik beratkan berbanding dengan isu yang lebih besar iaitu untuk mendapatkan sokongan daripada negara luar termasuk Malaysia bagi membantu merealisasikan dan mendapatkan kembali hak muslim minoriti di Filipina yang dicabuli kerana mereka yakin dapat berdiri dengan sendiri memerintah.

Namun, pada masa yang sama, dalam kemelut mendapatkan kebebasan Sulu, wujud juga gerakan yang cuba membangkang pakatan yang sedia ada kerana mereka menginginkan bakal kepimpinan kesultanan sulu adalah dari kalangan mereka.