Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Global Peace Mission (GPM) telah menggerakkan fasa pertama misi kemanusiaan ke Palestine.
Misi kemanusiaan ini merupakan lanjutan daripada perlancaran Tabung Kemanusiaan dan Pendidikan Palestine ABIM oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tabung ini telah dilancarkan pada program "Malam Puisi Riong" anjuran Berita Harian dan ABIM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Ogos lalu.
Fasa pertama misi ini turut disertai oleh Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, serta sukarelawan muda, Abdul Hakim Shahbudin dan Azlan Muhamad Sharif dari GPM. Fasa pertama misi ini tertumpu untuk menggerakkan beberapa projek kemanusiaan yang telah dirancang di Gaza.
Antara projek tersebut ialah mengembangkan keupayaan operasi kilang roti di Gaza serta pembangunan frasarana pendidikan dan beberapa projek kemanusiaan lain untuk dimanfaatkan oleh penduduk Palestine di sekitar Gaza. Untuk kilang roti di Gaza, sebanyak RM 200,000 diperlukan untuk membiayai kos pembangunan dan operasi.
ABIM amat mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk membiayai projek-projek kemanusiaan tersebut. Sebarang sumbangan boleh dibuat atas nama Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin (RHB Islamic: 21401360010196). Sebarang makluman serta pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi GPM di Talian (03-61883233 atau 010-4002324) ataupun emel ke gpmhq@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .