Halaman

Jumaat, Ogos 20, 2010

Disneyland kena saman


LOS ANGELES: Seorang wanita Islam menyaman Disneyland kerana mendakwa taman tema itu mengamalkan sikap diskriminasi apabila dilarang memakai tudung.

Kes itu bermula apabila Imane Boudal bertanya kepada majikannya, Hotel Grand Californian, sama ada dia boleh bertudung ketika bekerja sebagai pelayan, beberapa bulan lalu.


Jurucakap kesatuan sekerja hotel itu berkata, selepas tidak mendapat sebarang jawapan daripada majikan, Imane, 26, memakai tudung baru-baru ini sempena kedatangan Ramadan.


“Selepas itu, Disneyland mengarahkan Imane membuka tudung jika mahu terus bekerja sebagai pelayan kerana ia tidak sesuai dengan imej syarikat berkenaan,” katanya.


Disney juga, katanya, mencadangkan Imane supaya bekerja di bahagian lain yang tidak perlu berdepan dengan pelanggan jika mahu terus bertudung.


Jika tidak, katanya, Imane dikehendaki berhenti.


Enggan berkompromi, Imane kemudian mengheret Disneyland ke Suruhanjaya Persamaan Hak Amerika Syarikat, sebuah agensi mengendalikan isu diskriminasi di tempat kerja.


“Tawaran mereka meletakkan saya di bahagian belakang adalah satu penghinaan.


“Menurut mereka, disebabkan saya keturunan Arab Maghribi, beragama Islam, mereka enggan melihat saya menjadi pelayan,” katanya semalam.


Timbalan Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika - Islam Los Angeles, Ameena Mirza, berkata tiada sebab Disneyland melarang Imane bertudung ketika bekerja. - AFP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Disneylandkenasaman/Article