Alhamdulilah, Ramadan kembali menjelma pada tahun ini dalam suasana yang cukup menggembirakan umat yang benar-benar beriman. Dikala perjalanan hidup yang banyak sekali cabaran dan dugaan ini, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melangkah ke Ramadan dengan penuh syukur dan kegembiraan. Namun disebalik ketenangan dan kegembiraan kita menanti Ramadan mulia yang ini, berapa ramai dikalangan umat islam di seluruh dunia yang menyambut Ramadan dengan darah dan airmata tatkala dibelenggu dengan kemiskinan, bencana alam dan kesusahan, peperangan dan sebagainya.
Namun kita percaya bahawa dengan pelbagai rencam kehidupan tersebut sudah pasti ada hikmah dan pengajaran buat kita umat islam untuk saling meletakkan diri kita menghayati makna kehadiran Ramadan dengan jiwa yang murni. Lantas bimbingilah hati dan jiwa kita dengan tasyakur terhadapnya atas nikmat iman dan islam kita yang masih teguh walau dihalang dengan onak dan duri. Firma Allah yang bermaksud :
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” (2:155-156)
Justeru jadikanlah Ramadan ini sebagai medan memugarkan keimanan yang murni terhadap Allah dengan membuka lembaran kesedaran bahawa Ramadan membawa pelbagai cahaya kehidupan yang cukup besar dalam dunia yang penuh liku. Ramadan al-mubarak yang dating kembali membawa rahmat dan anugerah Ilahi secara langsung mampu memperteguh kualiti umat yang jitu melalui amalan solat, bacaan quran dan amalan sedekah yang merupakan aplikasi yang disukai oleh yang Maha Pencipta. Mari kita lihat dimana kedudukan kita diawal Ramadan. Apakah kita benar-benar mampu menggapai rahmat Allah diawal Ramadan ini atau sebaliknya.
Menghayati makna kehadiran Ramadan
Bulan Ramadan cukup sinonim dengan bulan menahan diri daripada makan dan minum. Ia juga adalah bulan untuk mendidik jiwa, nafsu, akal supaya taat dan patuh dengan perintah Allah swt yang telah memerintahkan hambanya untuk melaksanakan tugas berpuasa dengan baik dan sempurna. Sudah pastilah pensyariatan ini membawa erti yang cukup besar dalam mendidik jiwa kita bukan sahaja melakukan puasa semata-mata tetapi melihat akan falsafah puasa tersebut iaitu merasai kepayahan dan keperitan orang lain dan melatih diri taat dan patuh dengan perintah Allah SWT. Manusia sememangnya dihadirkan oleh Allah dengan perasaan dan jiwa yang murni secara azalinya. Jiwa yang lembut dan luhur yang disirami dengan keputihan iman itu pastinya mampu untuk memahami akan kepayahan umat lain dalam melaksanakan puasa secara menyeluruh.
Sebagai contoh, bilamana puasa diamalkan oleh seluruh umat, berapa ramaikah dikalangan kita memikir akan kesusahan dan kepayahan orang lain khususnya golongan miskin dan fakir untuk melakukan puasa. Ada orang yang berpuasa oleh kerana mereka tidak boleh makan dan minum disiang hari, namun kita lihat orang miskin berpuasa ini sememangnya sudah sebati dengan mereka kerana mereka tiada makan dan minuman.
Disebalik menyedari dan menelusuri kepayahan inilah Islam mengatur jiwa manusia supaya membenihkan perasaan menghulur bantuan dan sokongan mereka kepada golongan yagn memerlukan. Hakikat Ramadan serta amalannya memberi pelbagai kesan langsung jika dilihat dengan iman. Jika puasa dilihat dengan mata yang zahirnya pastinya kita tidak nampak betapa besarnya kesan pahala kepada kita.
Rasullulah saw bersabda: - yakni ketika telah datang bulan Ramadhan:
“Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkah, dimana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan, dan dimana dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu malam.Maka barangsiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya.” (Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Baihaqi)
Ramadan mendidik kita taat dengan Tuhan
Justeru kesedaran dalam mendidik jiwa dan hati umat agar memahami kesusahan untuk tidak makan dan minum sedikit sebanyak mampu untuk menyedarkan kita akan kepentingan puasa. Begitu juga puasa yang dilakukan ini juga harus difahami falsafahnya bukan semata-mata melihat akan realiti kesusahan orang lain tetapi yang lebih utama adalah pembuktian ketaatan kita dengan Allah SWT. Berpuasa sebenarnya adalah satu ujian yang cukup besar pahalanya. Umpamanya tidak ada siapa yang tahu kita berpuasa atau tidak melainkan Allah sahaja. Bahkan jika kita menipu dikalangan anak-anak dan isteri sendiri pun tidak siapa yang tahu. Ini lah ujian besar yang Allah kurniakan kepada umatnya.
Jika kita benar2 melaksanakan perintah ini dengan jujur dan ikhlas maka kita dijanjikan Allah degan pahalanya bukan sahaja didunia malah diakhirat. Puasa melatih kejujuran keikhlasan yang tinggi bahkan ia sebenarnya mampu menjadikan manusia lebih luhur iman dikalangan manusia dan disisi Allah.
Dengan berpuasa, ketaatan inilah yang menjadi kunci utama kepada umat. Madrasah Ramadan adalah insititusi yang membentuk minda, jiwa dan iman kita supaya taat kepada tuhannya dengan sepenuhnya tanpa dipertikaikan. Modul inilah yang bakal memberi kesan besar dalam sejarah kemanusiaan kerana puasa yang kita lakukan bukan sahaja tidak makan dan tidak minum tetapi taat dan patuhnya kita dengan perintah Allah. Inilah kunci taqwa yang disebut dengan jelas dalam Al-Quran oleh Allah kepada umatnya.
Sudah pastikah kita mendapat taqwa bila berpuasa
Perintah berpuasa ini akhirnya akan meletakkan diri kita kepintu taqwa. Firman Allah “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.Orang berpuasa dengan betul dan jujur dijanjikan Allah dengan taqwa.
Maknanya mereka akan tergolong dikalangan hambanya yang dikasihi hasil daripada puasa yang dilakukan. Namun persoalan yang boleh kita bentang adalah , mungkinkah mereka yang berpuasa itu secara otomatik akan mendapat taqwa Allah. Inilah persoalannya, kerana berapa ramai orang yang letih berpuasa, tidak makan dan minum mereka ini hanya mendapat letih dan lapar sahaja.
Mana pahala dan barakah puasanya? Tuntutan puasa ini bererti memberi satu motivasi kepada kita supaya melaksanakan dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Jika perlakuan puasa kita benar-benara mengikut disiplin islam yang sebenarnya maka taqwa itu pasti ditangan mereka. Yang penting letakkan jiwa dan iman kita didepan bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan orang lain bahawa kita berpuasa tetapi kita ingin membuktikan kepada Allah bahawa kita adalah hambanya yang benar-benar bersyukur dengan perintahnya.
Justeru untuk mendapat puasa dengan taqwa sekali kita harus berusaha melaksanakan puasa dengan kefahaman yang jelas, laksana puasa ikut sunnah rasulullah saw dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang merosakan pahala berpuasa kita. Jiak ini dipelihara insya allah kita mudah-mudahan akan termasuk dikalangan mereka yang berpuasa dan mendapat taqwanya.
Mulakan Ramadan kali ini dengan azam
Mari kita mulakan Ramadan kali ini dengan azam yang tinggi dan besar untuk memastikan kita mendapat pahala daripadanya. Pertama Mulakan dengan syukur dan gembira. Didik dan latih jiwa kita dengan ucapan syukur dan gembira dengan Ramadan. Jangan ada di dalam hati perasaan sedih dan gundah gulana akan ketibaan bulan mulia ini. Jika masih ada perasaan sebegini bererti jiwa kita masih sakit dan perlu rawatan. Perbanyakan istighfar kepada Nya mudah-mudah jiwa kita kembali murni dan ramadan kali ini akan melahirkan kesejahteraan. Kedua mulakan Ramadan kita dengan mendekatkan diri dengan quran. Al-quran bersedia menjadi teman dan memahami akan ajaran didalamnya.
Sama-sama kita meningkatkan pembacaan dari sehari kesehari. Apa matlamatnya bukan sekadar untuk khatam al-quran tetapi mesej nya adalah membentuk diri kita supaya melatih tubi diri menjadikan Al-quran sentiasa dalam hati kita dan basah sentiasa dibibir kita sentiasa. Janganla semata-mata untuk khatam al-quran makan kita baca quran begitu hebat tetapi diluar Ramadan al-quran entah kemana.
Ini satu kekurangan yang harus kita perbaiki demi membetulkan sikap dan amalan kita terhadap kalamullah yang mulia ini . Ketiga Pertingkatkan amalan sedekah kita dibulan Ramadan. Dengan memberi bererti kita melatih jiwa bahawa harta kita tidak semua milik kita. Ada haknya untuk orang lain. Dikala kita mempunya banyak sedekahlah pada mereka, dikala kita mempunyai sedikit maka berilah ikut keberadaan kita. Apa falsafahnya, Ramadan bulan mendidik manusia supaya kasih kepada orang lain. Bila mana kita mempunyai kelebihan jangan lupa akan orang lain yang juga memerlukan. Semangat saling memberi ini satu amalan yagn cukup dikasihi oleh baginda rasulullah saw.
Jika ini menjadi amalan mudah-mudahan taqwa yang menjadi sasaran kita dibulan Ramadan ini akan menjadi kenyataan. Kita tidak mahu taqwa yang sering menjadi buah mulut para penceramah dibulan ramdan ini sekadar tinggal ceramah sahaja tanpa kita berusaha utnuk menggarap usaha dan tenaga supaya taqwa tersebut benar-benar menjadi milik kita. Mudah-mudahan Ramadan menjadi bulan menyucikan diri untuk bertemu Allah satu masa yang kita belum pasti saatnya.
Oleh : Hasri bin Harun (Presiden MISG ABIM UK-Eire)