Assalammualaikum semua, alhamdulillah program anjuran IOA ini dengan kerjasama dari Maahad Syamsul Maarif (P), Pulai Condong dan Kolej Yayasan Islam Kelantan telah berjalan dengan baik. Biarpun tidak 100% berjaya namun sambutan dari keluarga dan para pelajar yang terlibat amat memberansangkan.
Berkumpul sebelum pembahagian anak angkat
Bersama Ketua Kampung Kg Plug, Pos Tuel
Perkenalan keluarga angkat dengan anak angkat
Anak dan keluarga angkat dikebun
Anak angkat mengimankan solat
Makan bersama keluarga angkat
Acara membakar dan memakan nasi dalam buluh
Sepanjang program ini pelajar yang terbabit telah didedahkan dengan suasana kehidupan harian dikalangan penduduk kampung tersebut yang telah menjadi keluarga angkat mereka dan sebagai balasan para pelajar telah mengajar asas fardhu ain kepada ahli keluarga angkat mereka untuk memperkasakan lagi keimanan mereka. Di sebelah malam pula tazkirah serta Kelas Fardhu Ain secara berkelompok telah diadakan di surau kampung untuk perempuan dan bagi lelaki telah diadakan di balai sewang kampung. Sukan rakyat juga telah diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
AKTIVITI MALAM - KELAS FARDHU AIN DAN TAZKIRAH
SUASANA SUKAN RAKYAT
Malam Kesenian Islam telah diadakan pada malam terakhir di mana beberapa persembahan nasyid telah ditunjukkan. Penduduk kampung yang diketuai oleh penghulu kampung sendiri telah mempersembahkan Tarian Sewang yang merupakan satu tarian adat kepada para anak angkat mereka.
Akhir sekali IOA mengharapkan agar program ini dapat membuka ruang dan minat penduduk kampung untuk mempelajari dengan lebih dalam mengenai Islam serta mempraktikkannya.
http://ioakelantan.blogspot.com/
http://ioakelantan.blogspot.com/