Halaman

Isnin, Julai 05, 2010

Lawatan Pegawai Daerah Baling Kedah Ke PULDOA



10 Feb 2010 Kok Lanas - Pegawai Daerah Baling, En Haji Ahmad Fisol Md Nor bersama 5 orang pegawai dari pejabat daerah Baling telah mengaddakan lawatan ke PULDOA. Dalam satu majlis yang ringkas pelajar pelajar Orang Asli dari Baling telah mengadakan pertunjukkan nasyid untuk rombongan yang datang melawat. Biarpun belum dapat diklasifikasi sebagai berjaya 100% namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka yang telah berlatih dalam jangka masa yang singkat amat dihargai oleh peserta rombongan.

Dalam ucapan beliau, Tuan Pegawai Daerah telah menegaskan bahawa pihak Pejabat Daerah telah menfokuskan kepada genarasi muda dari suku kaum Kengsiu ini untuk membentuk mereka agar menjadi lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan terutama dari segi agama. beliau juga menegaskan bahawa para pelajar tidak kira dari suku mana mereka atau asal mereka, mereka adalah warga Malaysia yang mempunyai hak sepenuhnya ke atas negara ini. Mereka tidak perlu berasa kecil hati atau malu untuk bersaing dangan mana mana bangsa yang telah maju dinegara ini.

Beliau juga menegaskan bahawa para pelajar perlu menganggap bahawa pembelajaran di PULDOA ini merupakan satu bentuk bimbingan dan latihan yang akan mengubah kehidupan mereka dimasa hadapan.

Akhir sekali upacara pemberian duit poket kepada semua pelajar PULDOA sumbangan Pejabat Daerah Baling, Kedah. Kami di PULDOA mengucapkan setinggi tinggi penghargaan terhadap Pejabat Daerah Baling, Kedah ke atas penghormatan dan sumbangan yang telah diberikan oleh mereka.