Halaman

Khamis, Jun 03, 2010

Yusri Mohamad Terima Anugerah Pingat Jasa Belia

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Yusri Mohamad serta Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah, Saudara Muddin Beting telah menerima anugerah Pingat Jasa Belia sempena sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anugerah ini diberikan sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh mantan-mantan pimpinan belia dalam menggerakkan aktivisme belia terutama sekali di peringkat akar umbi. Anugerah disampaikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir menyaksikan majlis penyampaian anugerah itu ialah Saudara Ahmad Saparudin (Naib Presiden Kebangsaan & Exco MBM), Khairul Faiz Morat (Naib Presiden Antarabangsa), Mohamad Raimi Ab Rahim (Setiausaha Agung) serta Fauwaz Hasbullah (Exco Biro Penyelidikan).