Pada 28-29 Mei 2010, bertempat di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu telah berlangsung Program Pemimpin Belia Berkaliber anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri Kelantan. ABIM Kelantan seramai 12 orang turut terlibat dalam program yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Delegasi ABIM telah diketuai oleh YDP, Us. Mohd Faisal Abdullah.
Jumlah peserta yang hadir mengikuti program tersebut adalah seramai 68 orang mewakili pelbagai persatuan dan pertubuhan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Kelantan. Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Synergy Active Tranning telah berjaya mengadaptasikan modul-modul baru kepada para peserta disamping mengasuh dan mendidik minda dan daya intelek agar lebih peka terhadap kemahiran dan ketrampilan diri sebagai pemimpin belia pelapis.
Sesi perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP), En. Mahktar B. Mustapha manakala mewakili Pengarah JBS NK, Che Mahtar B. Hj. Othman terdahulu telah menerangkan resional program ini diwujudkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.