Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh warga belia dan beliawanis di tanah air dan yang berada di luar Negara.Sesungguhnya Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam konteks pembinaan negara.
Sejarah jatuh bangun bangsa dan tamadun dunia telah merakamkan peranan penting belia dalam mencetuskan kesedaran dan mengemudi arus perubahan.
Dalam sejarah Islam, perjuangan Rasulullah Sallal’Lahu ‘alaihi wasallam sememangnya didukung oleh para syabab – sekelompok pemuda yang beperibadi umggul seperti Sayyidina ‘Ali bin Abi Tolib, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Thabit dan Usamah bin Zaid. Para rasul dan anbiya’ juga diperkuatkan oleh fata – pemuda-pemuda yang komited dalam memperjuangan risalah dan memperkembangkan ajaran Ilahi.
Dalam sejarah dunia moden pula, revolusi kenegaraan dan kegaamaan di Barat misalnya didukung oleh kelompok pemuda seperti Martin Luther. Dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pendidikan, kebudayaan, sosio-politik hinggalah kepada sukan, belia telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan negara.
Disebalik potensi dan dinamika kepemudaan yang tinggi ini, belia juga sering dipalitkan dengan gejala negatif dan kebejatan sosial. Istilah-istilah seperti rebellious youth dan folk devils pula telah direkayasa oleh pengkritik sosial di Barat untuk menampilkan belia sebagai kelompok bermasalah. Di Malaysia, imej belia dan generasi muda juga sering ditampilkan dengan konotasi dan persepsi yang negatif melalui penglibatan mereka dalam gejala dadah, gejala sosial dan jenayah.
Tidak sedikit yang menzahirkan kegusaran terhadap masa depan agama, bangsa dan negara di tangan generasi muda hari ini. Lumrah kehidupan belia yang dibesarkan dalm dunia tanpa sempadan dan langit terbuka juga menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian yang getir terhadap jatidiri generasi muda.
Atas kesedaran inilah, ABIM ingin menyeru agar para belia meningkatkan keupayaan dan potensi diri agar mampu menjadi agen penyumbang, bukannya beban kepada negara. Sesungguhnya belia dibekalkan dengan tenaga, masa dan kemampuan yang tinggi untuk merencana agenda pembangunan masyarakat dan negara.
Salurkanlah tenaga muda anda untuk masyarakat dengan melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan belia. Sumbangan anda baik dalam bentuk komitmen masa, tenaga dan kepakaran amat diperlukan oleh NGO-NGO belia seperti ABIM yang memberikan fokus terhadap agenda pembangunan belia dan generasi muda.
Pada masa yang sama, para belia perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan membawa kesan yang negatif. Sikap ingin mencuba dan semanagat ingin tahu yang tinggi jangalah disalurkan untuk mencuba dan mempelajari aktiviti yang boleh membawa kepada lembah penyesalan seperti dadah, pergaulan seks bebas, perjudian dan perlakuan jenayah. Sebaliknya amalkanlah gaya hidup sihat yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan dan amal bakti kepada masyarakat.
Selamat Meyambut Hari Belia 2010!
Angkatan Belia Islam Malaysia
15 Mei 210.