Halaman

Isnin, Disember 27, 2010

Kembara Dakwah Sabah 2010 Dianjurkan dengan Jaya


Kota Marudu, 19 Disember 2010 – ABIM Sabah dengan jayanya meneruskan program tahunan yang cukup berkesan dan menarik iaitu diberi nama Kembara Amal. Pada tahun ini adalah kali yang ke 6 program itu dijalankan di Negeri Sabah.

Kembara 6 hari 5 malam ini bermula di Kota Kinabalu menuju ke daerah Kota Marudu dan berkampung di empat buah kampung tertentu di daerah tersebut. Hampir 40 orang peserta dari ABIM Kota Kinabalu, ABIM Ranau, ABIM Kota Marudu dan wakil dari Majlis Belia Brunei telah menyertai kembara amal ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menziarahi penduduk kampung, forum dialog yang membincangkan keindahan Islam, forum kekeluargaan, gotong royong kubur dan masjid, sukaneka dan banyak lagi.

Aktiviti kemanusiaan sebegini mampu menjadikan peserta dan penduduk kampung begitu mesra. Program yang berkonsepkan dakwah dan penghayatan nilai Islam ini berjaya bukan sahaja menarik minat penduduk kampung, tetapi ia juga merapatkan ukhwah yang begitu erat antara peserta.

Semoga keindahan ukhwah ini sentiasa dipelihara olehNya dan usaha dakwah dan misi Rahmatan lil Alamin di Sabah ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.

ABIM Akan Kunjungi Rumah Hembusan Kasih Perlis

ABIM akan menganjurkan program "Bersama Berkongsi Rasa Berkongsi Kasih" bersama anak-anak yatim di "Rumah Hembusan Kasih" di Perlis, pada 26 Disember 2010. Program ini adalah kesinambungan daripada program sama yang dianjurkan pada Ramadhan yang lalu. Sebarang makluman sila hubungi En Zahir di talian 012-3812524.

Muslim Kanada Kunjungi ABIM

ABIM telah menerima kunjungan wakil komuniti Muslim Toronto Kanada, Mr.Fazal Muhammad. Beliau yang juga seorang wartawan di sebuah akhbar alam sekitar di Kanada mengambil kesempatan menemuramah Presiden ABIM, Dr Muhd Razak Idris berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dakwah dan belia yang dilaksanakan oleh ABIM. Di samping itu pelbagai perkara telah dibincangkan meliputi juga perkembangan umat Islam di Toronto khususnya yang semakin bertambah jumlah bilangannya. Toronto merupakan bandar paling ramai jumlah penduduk Muslimnya berbanding bandar-bandar lain di Kanada. Di akhir pertemuan Fazal sempat menjemput ABIM untuk menziarahi beliau dan masyarakat muslim di sana agar ukhuwwah Islamiyyah terus terjalin kukuh.

Rabu, Disember 22, 2010

Seminar Sukarelawan 2010


Pada 16 hingga 18 Disember telah berlangsung dengan jaya nya Seminar Sukarelawan bertempat di Pusat Latihan Dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan yang dianjurkan oleh Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOA) dengan kerjasama Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK).

Tujuan program sebenigini diadakan bagi memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya kerja-kerja kesukarelawanan di kalangan Muslim, kemudian ia juga dapat melatih generasi muda Islam untuk menjadi tenaga dan penggerak yang berkesan disamping dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan Muslim. Selian itu juga program ini menerapkan sikap tanggungjawab peserta sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi dan merangka dan merancang plan bertindak untuk menyemarakkan semangat dan gerakan kesukarelawanan.

Seminar Sukarelwan ini dihadiri oleh peserta-peserta dari kalangan pelajar sekolah lepasan STAM, STPM ,SPM dan juga Mahasiswa dari IPT dalam Kelantan dan juga yang sedang bercuti.

Seminar ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah-ceramah yang mengupas sifat sukarelawan Islam oleh Dato' Dr. Hj. Abdul Razak bin Hj.Kecik, Pengerusi IOA Kelantan,Tuan Qamaruddin Bin Tuan Muhammad, pegasas IOA Kelantan disamping forum perkongsian pengalaman sukarelawan IOA . selain itu,terdapat aktiviti berbentuk latihan atau LDK daripada Fasilitator Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dibantu oleh JAKIM yang diketuai oleh Saudara Faizul Afzan Bin Mamat, Penolong Setiausaha ABIM Kelantan.

Seminar Sukarelwan 2010 dirasmikan penutupannya oleh Ybrs. Al-Fadhil Ust. Faisal Bin Abdullah, Yang Dipertua ABIM Negeri Kelantan, turut bersama Yang Dipertua PPIK, Sdr. Abdullah Muhammad Nawi dan Pengerusi IOA Dato' Dr. Abdul RAzak Kecik.


:: Sesi Pendaftaran ::




Aktiviti latihan dalam kumpulan



Pengisian Oleh Dato' Dr Abdul Razak Bin Hj Kacik



Tuan Qamaruddin Bin Tuan Muhammad


::Perasmian Penutup::


Menyanyikan lagu Asma'ulhusna dan lagu Sukarelwan IOA

Ucapan Pengarah Program Seminar Sukarelwan
Sdr. Hairul Hisyam Bin Mohamed Suhaimi

Perasmian Penutup oleh YDP ABIM Kelantan, Ust Faisal Abdullah

Persembahan dari Kumpuan Anak-anak orang asli Perak

Persembahan dari Kumpulan Suffyan ( aktivis ABIM )

Penghuluwati

Penghulu


Ketua Fesilitator merangkap Kem Komandan


Penghargaan IOA Kelantan kepada ABIM Negeri


::Sesi bergambar kenang-kebangan::

Peserta Lelaki
Peserta Perempuan


Ahli jawatankuasa dan Fasilitator



Selasa, Disember 14, 2010

Seminar Sukarelawan IOA-PPIK

ABIM gerakkan Inter-Cultural Youth Leadership

Pada 3 hingga 5 Disember 2010,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar seramai 30 orang wakil untuk menyertai program Inter-Cultural Youth Leadership bertempat di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam.Program berunsurkan keagamaan dan kebudayaan ini dianjurkan oleh Friendship Group for Inter Religious Service (FGIS) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Malaysia.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina keharmonian dan persefahaman antara agama di Malaysia seiring dengan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian agama dan budaya.

Di samping itu,program ini juga bertujuan bagi melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang.Diharapkan program sebegini dapat dijalankan berkala bagi melatih generasi muda yang bakal mentadbir negara. Antara agensi lain yang menyertai program ini ialah Malaysia Hindu Sangam,Budhist Maha Vihara,Council of Churches-Wilayah and Malaysia Gudwaras Council. Program ini turut dihadiri Dato’ Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Malaysia bagi merasmikan ucapan penutupan.Program ini berakhir dengan jayanya tepat pukul 6 petang.

ABIM Akan Anjur Wacana Undang-undang Syari'e


Grup Peguam Muda ABIM akan menganjurkan Wacana Isu-isu Semasa, pada 15 Disember 2010 di Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramai Dalam, Kajang. Wacana ini akan bermula mulai jam 8.00 malam. Wacana ini akan diisi olej Tuan Haji Zainul Rijal, (Presiden Peguam Muslim Malaysia), serta Puan Fadhlina Dato' Dr. Siddiq (Pengamal Perundangan Syari'e dan Naib Presiden HELWA ABIM). Sebarang makluman kehadiran serta pertanyaan boleh diajukan kepada Jufitri Joha di talian 016-2254482 atau Anwar Ismail di 019-6162784.

Ahad, Disember 05, 2010

Sabtu, Disember 04, 2010

Media Alternatif Sebagai Alat Peyebaran Ilmu


Perkataan "media" berasal dari bahasa latin "Medius" yang secara harfiyah berarti “tengah”, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Sementara Syaiful Bahri Djamarah dan Aswan Zein menuliskan bahwa media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata “Medium” yang secara harfiyah berarti perantara atau pengantar. Dengan demikian dapat difahami bahwa media merupakan wahana penyalur informasi belajar atau penyalur pesan.

Media Alternatif merupakan salah satu alat penyebaran maklumat dan komunikasi lebih-lebih lagi daripada penggunaan jalur lebar atau "Internet" yang begaimana kita ketahui lihat sekarang sangat digemari oleh masyarakat di Malaysia terutamanya generasi muda yang terhibur apabila menggunakannya seperti laman weblog, laman Facebook, twitter, Frindster dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat juga laman-laman pecuma lain yang memberi berkonsepkan tempat simpanan gambar dan ada juga yang berkonsepkan himpunan dokumen-dokumen serta artikel yang membolehkan orang yang mengendalikan jalur lebar dapat melihat serta muat turun bahan-bahan tersebut.

Sebagai umat Islam yang diamanahkan untuk menyebarkan ajaran Islam di seluruh dunia seharusnya memanfaatkan media alterternatif ini sebaiknya sebagaimana firman Allah dalam surah Annahlu ayat 125 yang bermaksud : “Serulah (manusia) ke jalan (agama) tuhanmu dengan kebijaksanaan (hikmah) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Begitulah perintah Allah yang menyuruh menyebarkan dakwah atau ilmu pengetahuan dengan apa cara sekalipun mengikut kesesuaikan zaman dan inilah yang membuktikan bahawa Islam itu sesuai di setiap zaman, masa dan tempat.

Dalam penggunaan weblog merupakan alat yang baik untuk berkongsi ilmu kerana seseorang itu boleh memuatkan pelbagai artikel atau pengetahuan serta pengalaman yang berguna dan ini seharusnya dimanfaatkan oleh mereka yang berada dalam pelbagai sektor atau bidang bagi berkongsi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang masing-masing lebih-lebih lagi yang boleh mengaitkan dengan Islam.

Satu lagi medium yang mendapat sambutan masyarakat hari ini disemua peringkat ialah Facebook yang membolehkan pengendali memaparkan sesuatu yang berkaitan dengan perkara hariannya atau mengkritik isu semasa, meluahkan perasaan dan lain-lain lagi kerana itulah mentaliti kebanyakan masyarakat kita hari ini. Laman Sosial ini harus banyak juga manfaat dalam menyebaran ilmu kerana kepantasannya menyebar maklumat dan ini juga harus diambil peluang untuk menyebarkan ilmu serta dakwah biarpun darisegi respon atau komen dari ahli-ahli tidaklah mendapat sambutan, tetapi yang maklumat itu sampai kemata mereka walau sepintas lalu.

Begitulah kita sebagai umat Islam seharusnya tidak hanya tahu menggunakan sesuatu tetapi mengambil menfaat dan tahu apa kelebihan alat tersebut yang seharusnya di gunakan untuk menyebar ilmu pengetahuan agar pembudayaan ilmu itu disemai dalam masyarakat dalam apa jua cara dan keadaan.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Exco Siswazah ABIM kelantan 2010/2011

Khamis, Disember 02, 2010

Said Ramadhan Al-Buti: Umat Islam Perlu Proaktif


Umat Islam hari ini digesa menghayati kecekalan serta semangat Rasullulah S.A.W, para sahabat baginda serta generasi baru dalam mengembangkan serta mempertahankan kesucian Islam. Itulah gesaan Said Ramadhan Al-Buti kepada para aktivis dakwah terutama sekali di kalangan generasi muda. Beliau berkata demikian dalam sessi dialog bersama dengan pimpinan ABIM."Umat Islam harus menghentikan sikap menyalahkan orang lain di atas segala kelemahan serta kekurangan yang melanda umat Islam. Mereka perlu bersikap proaktif serta mengambil iktibar dari semangat perjuangan Rasullulah S.A.W dan para sahabat, ditambah dengan keadaan di mana mereka (umat Islam) mempunyai kekuatan serta kelebihan (ekonomi politik) untuk melakukan sesuatu," jelas pengarang ulama' besar yang berasal dari Syiria ini.

http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/82-qumat-islam-perlu-proaktifq-said-ramadhan-buti.html

Kembara Hijab Berkuda Sambil Beramal


Bahagian Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) Pusat dan Negeri Selangor akan menganjurkan riadah "Hijab Adventure" bertempat di Denai Alam recreation and riding club Selangor (DARC), Shah Alam, pada 4 Disember 2010, mulai pukul 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Setiap peneyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM 85. Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM, Puan Fadhlina Dato'Dr. Siddiq menjelaskan penganjuran program ini bertujuan menggalakkan pembabitan golongan wanita Islam dalam riadah lasak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dalam Syari'ah."Hijab tidak menghalang golongan wanita melakukan aktiviti-aktiviti riadah. Kedua-dua perkara terbabit amat penting untuk membentuk personaliti positif pada seseorang wanita dan keluarganya," jelas Puan Fadhlina.

Beliau menambah, antara aktiviti yang akan dianjurkan ialah tazkirah, "Horse & Pony Riding", penerangan mengenai sukan berkuda serta aktiviti-aktiviti seperti memanah & berenang. HELWA ABIM juga mengalu-alukan para peserta untuk membawa sekali barangan bacaan serta permainan terpakai, untuk didermakan atas tujuan kebajikan. Sebarang makluman berhubung dengan program ini boleh didapati dengan menghubungi (018-242 2348) atau (013-632 1153) ataupun layari Facebook Group "Hijab & Adventure".

http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/79-kembara-hijab-berkuda-sambil-beramal.html

Grup Peguam ABIM Ditubuhkan

Disediakan oleh: Jufitri Joha (Exco Perhubungan Antarabangsa ABIM)

Baru-baru ini telah diadakan pertemuan pertama Grup Peguam ABIM (GPA). Pertemuan ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang penggerak awal, turut disertai oleh Saudara Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab. Rahim, dan Naib Presiden Helwa, Puan Fadhlina Siddiq. Di akhir perbincangan ini, GPA telah bersetuju untuk:

a.) Menginstitusikan GPA sebagai satu jawatankuasa yang proaktif terhadap isu-isu undang-undang dalaman dan luaran.

b.) GPA akan berindak sebagai forum untuk Peguam ABIM bertukar-tukar idea dan bisnes serta merangka pelan tindakan Proaktif menangani isu-isu semasa melibatkan kepentingan Islam di Mahkamah khususnya dan Malaysia amnya. Antara program yang akan digerakkan adalah Seminar Islam dan Perlembagaan yang dijadualkan Mac 2011.

d.) GPA juga akan mengajak dan menyedarkan seramai mungkin peguam dan pelajar undang-undang di luar sana agar memainkan peranan mereka sebagai peguam Muslim.

Rabu, Disember 01, 2010

Kem Pemantapan Al-Quran


Sepanjang musim cuti sekolah ini, pihak ABIM Kelantan dengan kerjasama Alif Alfa Resourses telah menganjurkan Kem Pemantapan Al-Quran bertempat di Kompleks Masjid Al-Hikmah ABIM Kelantan kusus kepada anak-anak lelaki dan perempuan yang berumur 6-12 tahun yang telah berjalan selama 2minggu.

Kem ini diadakan bagi memberi pendedahan serta pemantapan pembacaan Al-Quran kepada generasi awal ini supaya penghayatan Islam dapat dihayati diperingkat kecil lagi.

Sebanyak 4 kelas dibuka bagi menampung pelajar seramai 80 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang bermula 8.30 pagi sehingga 1.30tengah hari.

Kem Pemantapan Al-Quran ini akan berberakhir pada 18 Disember 2010






Kursus Pemantapan Profesionalisme Staff ABIM Kelantan


Kursus Pemantapan Profesionalisme Staff ABIM Kelantan telah berlangsung selama sehari pada 28 November 2010 bertempat di Pusat Dakwah Islamiyyah Kompleks Masjid Al-Hikmah ABIM Kelantan yang disasarkan kepada staff ABIM dan juga Agensi dengan kerjasama Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Agensi yang terlibat dalam program ini seperti Taski, Sekolah Rendah Islam (SRI), Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Briged Bakti, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) yang mengendalikan rumah Putera/puteri Harapan, Yayasan Al-Ma'uun, Kompleks Masjid Al-Hikmah (KMH), dan Islamic Outreach ABIM Kelantan(IOA).

Kursus Pemantapan Profesionalisme Staff ABIM Kelantan diadakan bertujuan untuk mengemaskini serta menyelaras gerak kerja setiap agensi serta memberi pendedahan terkini perancangan ABIM Negeri Kelantan supaya ia di gerakkan sehingga ke peringkat bawah dan diisi oleh Ust Makhetar YDP ABIM Kota Bharu dan Ust Wan Hassan, Pengerusi WADAH Negeri Kelantan.





Pengisian dari Ust Wan Hassan turut bersama
Ust Faisal Abdullah YDP ABIM Kelantan


Pengarah Program(Khairul Anuar TYDP ABIM Kelantan)
mengendalikan slot


Pengisian dari Ust Mahetar







Peserta yang hadir


Foto dari : Zaiman Al-Besuty