Halaman

Khamis, Disember 02, 2010

Kembara Hijab Berkuda Sambil Beramal


Bahagian Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) Pusat dan Negeri Selangor akan menganjurkan riadah "Hijab Adventure" bertempat di Denai Alam recreation and riding club Selangor (DARC), Shah Alam, pada 4 Disember 2010, mulai pukul 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Setiap peneyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM 85. Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM, Puan Fadhlina Dato'Dr. Siddiq menjelaskan penganjuran program ini bertujuan menggalakkan pembabitan golongan wanita Islam dalam riadah lasak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dalam Syari'ah."Hijab tidak menghalang golongan wanita melakukan aktiviti-aktiviti riadah. Kedua-dua perkara terbabit amat penting untuk membentuk personaliti positif pada seseorang wanita dan keluarganya," jelas Puan Fadhlina.

Beliau menambah, antara aktiviti yang akan dianjurkan ialah tazkirah, "Horse & Pony Riding", penerangan mengenai sukan berkuda serta aktiviti-aktiviti seperti memanah & berenang. HELWA ABIM juga mengalu-alukan para peserta untuk membawa sekali barangan bacaan serta permainan terpakai, untuk didermakan atas tujuan kebajikan. Sebarang makluman berhubung dengan program ini boleh didapati dengan menghubungi (018-242 2348) atau (013-632 1153) ataupun layari Facebook Group "Hijab & Adventure".

http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/79-kembara-hijab-berkuda-sambil-beramal.html