Halaman

Selasa, Disember 14, 2010

ABIM gerakkan Inter-Cultural Youth Leadership

Pada 3 hingga 5 Disember 2010,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar seramai 30 orang wakil untuk menyertai program Inter-Cultural Youth Leadership bertempat di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam.Program berunsurkan keagamaan dan kebudayaan ini dianjurkan oleh Friendship Group for Inter Religious Service (FGIS) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Malaysia.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina keharmonian dan persefahaman antara agama di Malaysia seiring dengan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian agama dan budaya.

Di samping itu,program ini juga bertujuan bagi melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang.Diharapkan program sebegini dapat dijalankan berkala bagi melatih generasi muda yang bakal mentadbir negara. Antara agensi lain yang menyertai program ini ialah Malaysia Hindu Sangam,Budhist Maha Vihara,Council of Churches-Wilayah and Malaysia Gudwaras Council. Program ini turut dihadiri Dato’ Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Malaysia bagi merasmikan ucapan penutupan.Program ini berakhir dengan jayanya tepat pukul 6 petang.