Halaman

Khamis, Mei 28, 2009

ABIM Kelantan dilantik sebagai ahli Majlis Perunding Dakwah Negeri Kelantan.


15 April 2009, Kota Bharu- ABIM Kelantan yang diwakili oleh Yang DiPertua Ustaz Faisal Bin Abdullah telah menerima perlantikan sebagai salah seorang Ahli Majlis Perundingan Dakwah Negeri Kelantan. Majlis Perundingan Dakwah Negeri ini merupakan dibawah kelolaan kerajaan negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Mohd Amar Bin Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan.

Majlis Perundingan Dakwah Negeri Kelantan ini berperanan merangka dan menggubal dasar, strategi, program-program pembangunan dan pengembangan dakwah di Negeri Kelantan. Sebagaimana terma rujukan skop tugas dibawah :-
1. Merangka bentuk program yang hendak dilaksanakan selaras dengan dasar membangun bersama Islam.
2. Merangka sukatan pelajaran dan pengajian bagi setiap program
3. Merangka pendekatan dakwah kepada non-muslim semua kaum
4. Menilai dan membaikpulih program yang sedia ada di bahagian Dakwah JAHEIK