Halaman

Rabu, Mei 23, 2007

Laporan ABIM Sekitar Januari - Mei 2007

Berita : Sambutan Hari Guru YTP ABIM Kebangsaan Meriah

27 Mei 2007, bertempat di Dataran SRI ABIM Al-Hikmah Kota Bharu, Sambutan Hari Guru Kebangsaan YTP-ABIM (Yayasan Takmir Pendidikan ABIM) kali ke 2 ,2007 telah di jayakan dengan meriahnya dengan kehadiran guru-guru SRI dan SMI ABIM seluruh negara. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah dianjurkan buat pertama kalinya di kawasan Pantai Timur sebagai permulaan untuk mengorak langkah sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di negeri-negeri mengikut giliran selepas dianjurkan di peringkat pusat pada tahun lepas.
[ Baca seterusnya ]


Siaran Media : SELAMAT HARI GURU BUAT
16 Mei 2007 - 28 Rabiul Akhir 1427H

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Peranan dan tanggugjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profession guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan.
[ Baca seterusnya ]



Majlis Khas Anugerah Pelajar Cemerlang

Kota Bharu, 6 Mei 2007- ABIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Maa'uun telah menganjurkan satu Majlis Khas Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada adik Siti Fatimah Binti Mukhtar, pelajar terbaik keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2006.


[ Baca seterusnya ]

Kunjungan Hormat ABIM Ke JHEIK

Pada 21 Mac 07 Delegasi ABIM Negeri Kelantan yang terdiri oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faisal Bin Abdullah (TYDP ABIM Kelantan), En Mazlan bin Mat Zali (Setiausaha ABIM Kelantan) dan Mohd Faizul Afzan Mamat (PSU ABIM Kelantan) telah mengadakan kunjungan hormat Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Kunjungan tersebut sebagai meraikan perlantikan Tn Hj Abdul Aziz b Abdul Rahman sebagai YDP JHEIK yang baru.

[ Baca seterusnya ]