Halaman

Rabu, Ogos 09, 2006

Berita Terkini

BERITA: LAPORAN POLIS TERHADAP GEREJA DI BRICKFIELDS.

Brickfield, Kuala Lumpur, 8 Ogos- Satu laporan polis telah dibuat mengenai kegiatan sebuah gereja, Church of Our Lady of Fatima, Bricfields Kuala Lumpur yang beralamat Jalan sultan Abdul Samad Brickfields. Gereja tersebut telah mengeluarkan sijil pembaptisan kepada seorang wanita Melayu Islam bernama Azlina bt Jailani (Lina Joy) yang mempunyai kad pengenalan 640108- 10- 5038.


[Baca seterusnya ]

PPIK berjaya menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Kali Ke-9

Kota Bharu,1 Julai 2006- Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Kali ke -9 berakhir dengan jayanya. Konvensyen anjuran Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) dihadiri oleh 100 pelajar seluruh Kelantan yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran dan Sekolah Menengah Ugama Kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

[Baca seterusnya]


Ziarah Exco Muda ABIM dan Pimpinan WADAH ke Tanah Merah.

Pada 14 Febuari 2006 (Selasa) , 3 pimpinan muda ABIM Kelantan bersama 2 orang exco WADAH Kelantan (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) telah mengadakan ziarah ke majlis usrah ABIM dan WADAH Daerah Tanah Merah. Ziarah pimpinan ini diketuai oleh en Aziz Mahmood (Setiausaha WADAH negeri) dan turut disertai oleh ustaz zahidin (Pengerusi Eksekutif E IPRO Resources) yang juga merupakan exco WADAH. Manakala exco muda ABIM yang turut menyertai program ziarah ini iaitu saudara Hakim (exco Dakwah ABIM) , Afzan (Pen. Setiausaha), dan Abdullah (Timb Penyelaras PKPIM IPT Kelantan).

[ Baca seterusnya]