Di Kelantan, sebanyak 21 buah taski bernaung di bawah ABIM Kelantan dimana daerah Kota Bharu sebanyak 6 buah Taski, Bachok 3 buah Taski, Tumpat 3 buah, Machang 3 buah, dan Pasir Mas 2 buah. Manakala Tanah Merah, Pasir Putih, Kuala Krai dan Gua Musang Masing-masing sebuah Taski.
Antara objektif mesyuarat ini adalah untuk menyelaras aktiviti Taski terutamanya Majlis Ihtifal iaitu Majlis Penganugerahan kepada pelajar yang tamat pengajian dan merapatkan ukhuwwah serta berkongsi pandangan antara guru besar seluruh Taski ABIM Kelantan.