Halaman

Isnin, September 29, 2014

GELOJAK REMAJA DAN KESUCIAN JIHAD


Menurut Erikson(1951,1963) remaja seringmengalami konflik sosial dalam dirinya. Pararemaja mula bertanya,”Siapakah saya?”, “Apakahtujuan hidupku ini?”, “Ke manakah arah hidupkuini?”,(Mahmood Nazar Mohamed,2010) danpelbagai soalan lagi seumpamanya. Remaja akanterus berfikir mencari jawapan kepada pertanyaantersebut.

Remaja juga berupaya menyesuaikan dirinyadengan pelbagai situasi yang dialami. Sebagaicontoh, mereka berperangai seperti yangdimahukan oleh ibubapa, ketika berada di rumah,berperangai seperti yang dimahukan oleh para guru ketika di sekolah dan berperangai sepertiyang dimahukan oleh rakan-rakan sebaya ketikabergaul bersama.

Ini tidak bermakna mereka berpura-pura. Merekajuga tidak berniat untuk menipu atau berlakon.Ketika melalui usia remaja pembentukan sikapdan perwatakan masih belum benar-benar kukuh.Tanpa bimbingan yang betul, para remaja akancuba membuat definisi sendiri mengenaikehidupan, berdasarkan pemerhatian danpengetahuan yang mereka perolehi dari sumber-sumber yang terhad.

Dikhuatiri mereka akan terjebak dalam definisiyang tidak sewajarnya, berdasarkan kedangkalanpengalaman dan kecetekan pengetahuan. Daripengalaman dan pengetahuan yang serbakekurangan itu, mereka membentuk persepsi bagimenjawab segala persoalan asas mengenaifungsi, tujuan dan peranan yang perlu dimainkandalam kehidupan ini.

Begitu jugalah dengan jihad. Satu konsep yangberupaya menyelongkar pemikiran para remajadan mempengaruhi pembentukan sikapnya. “Akumahu mati seperti Saidina Hamzah”, “Aku mahujadi gagah seperti ahli Badar” dan “Aku mahu matisyahid kerana ia adalah sebaik-baik kematian”.Inilah persepsi yang terbentuk dalam pemikiranremaja berkaitan jihad dan tujuan kehidupan.Perlu diakui pernyataan-pernyataan ini ada asasdan ada kebenarannya.

Ibu bapa perlu cekap membaca pergolakan jiwadan pemikiran anak-anak remaja mereka. Janganberasa terancam jika mendapati persepsiberkaitan jihad pada pemikiran anak mereka tidakbetul lalu bersikap menafikan ataumemperlecehkan atau memperbodohkan. Ia tidakakan membantu membina persepsi yang betulberkaitan subjek jihad ini.

Hujjat ul-Islam, Imam al-Ghazali, menyatakan kitaperlu menerangkan sebab musabab ketika umuranak menjengah 7 tahun kerana ketika ini merekamemerlukan alasan bagi setiap pemerhatian danpersoalan dalam pemikiran mereka. Begitu jugapandangan pakar pendidikan Barat seperti Piaget (1958) menyatakan pada tahap remaja ini (11tahun ke atas), manusia memasuki tahap operasiformal. Para remaja berupaya berfikir secara lojikserta memahami konsep-konsep yang abstrak.

Oleh yang demikian, penjelasan yang betul perludiberikan kepada para remaja dalam memahamipersoalan-persoalan berkaitan dengan jihad ini.Fahamkan mereka tentang tuntutan jihad, konsepjihad dan kaedah berjihad seperti yangdikehendaki Islam. Jangan diherdik atau dinafikanhak mereka mendapat penjelasan dari kita,terutamanya dari ibu bapa mereka sendiri.

Sekiranya tidak mampu maka eloklah dirujukkepada mereka yang mampu menerangkannyasecara berkesan dan bermakna. Ia dapatmembantu mencerahkan segala kekusutan yangbermain dalam pemikiran mereka.

Jihad adalah manifestasi keimanan. Seseorangyang telah berikrar bersaksi akan keEsaan Allahsebagai Ilahnya serta mengakui Rasulullah s.a.wsebagai ikutannya perlu berjihad dalammembentuk kehidupannya. Jihad adalah sikapyang terhasil dari ketaqwaan, bimbang dan takutsekiranya kita dikatakan tidak serius atau tidakbersungguh-sungguh melaksanakan tuntutanIslam dalam segala aspek kehidupan. Ataskesugguhan itulah Islam mahukan umatnyaberusaha dengan kesungguhan yang tinggi,dengan niat yang ikhlas dan dengan diiringitawakal yang berterusan. Manifestasi iman iniboleh diserlahkan dipelbagai segmen kehidupan,bukan sahaja dalam peperangan tetapi jugadipersada pendidikan, ekonomi dan politik.

Kesungguhan terhadap amanah yang dipikultergambar dalam satu ungkapan dari Umar al-Khattab apabila pertanyaan, “Bilakah engkau tidurwahai Umar?”, lantas beliau menjawab, “Bagaimanakah aku hendak tidur, jika aku tidur disiang hari, maka akan terabailah urusan umatyang ada padaku, dan sekiranya aku tidur dimalam hari maka akan terabailah hubungankudengan Allah.”

Jihad bukanlah sesuatu yang jahat dan ganas. Jihad juga bukan satu kenakalan zaman remaja. Jihad bukan ancaman kepada manusia dan alamsemesta. Jihad perlu dipupuk dengan betul dalamjiwa muda yang subur dengan benih keimanan,dibajai dengan ilmu dan disinari dengan hidayah.


AMIDI BIN ABDUL MANAN
PRESIDEN
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA