Halaman

Selasa, Oktober 04, 2011

ZiSRa PPIK ke Selatan Thailand


Pada 11-13 Ogos 2011 bersamaan 11-13 Ramadhan 1432H, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah membuat ziarah ke Selatan Thailand yang dikenali sebagai program Ziarah Saudara Ramadhan (ZiSRa) yang melibatkan wilayah Tak Bai dan Yala. Rombongan seramai empat orang yang diketuai Saudara Mohd Syahiran iaitu Timbalan Yang Dipertua. Tujuan ziarah ini buat untuk merasai sendiri suasana Ramadhan di Negara bergolak itu dan melawat keluarga-keluarga dimana ibu bapanya telah mati dibunuh tentera Siam.

Rombongan ini bertolak pada jam 8pagi waktu Malaysia dan disambut oleh Ust Nawawi, Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Yatim, Tabal-Takbai (AYATA) di jeti Tabal setelah mengambil masa 45minit perjalanan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor.

Kemudian rombongan berehat seketika di asrama AYATA & selepas asar bertolak ke Majlis memperingati tragedi Tabal pada tahun 2004 iaitu terjadinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Siam. Majlis ini dibuat disebuah tadika milik pribadi dan dianjurkan oleh Kak Nab (Puan Zainab) yang merupakan seorang wanita yang gigih membela nasib orang kampungnya. Turut bersama dalam majlis ini beberapa orang aktivis berketurunan Siam bukan Islam dan En. Wan Abdul Rahman, Wakil Global Peace Mission (GPM).

Selepas berbuka puasa, rombongan telah meneruskan perjalanan ke Yala dengan menumpang kereta En. Dahlan yang merupakan cucu kepada Ust. Dahlan pengasas gerakan Muhammadiyah di Indonesia. Beliau membesar di Bangkok dan menetap di Songkla serta aktif dengan Youth Muslim Assosiation Thailand (YMAT).Oleh sebab itu juga beliau tidak boleh berbahasa Melayu dan hanya dapat bertutur dengan menggunakan bahasa inggeris.

Rombongan PPIK selamat tiba di Bandar Yala dan disambut oleh En. Ismae Sale atau mesra di panggil Abg Mail yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan & Pembangunan Sumber Manusia (FEHRD) dan beliau membawa menginap di pusat Tabligh di Wilayah Yala.

Pada keesokan harinya, selepas bersahur & solat Subuh di pusat Tabligh tersebut, rombongan di bawa ke sebuah sekolah Agama Santitham untuk program “English Camp” yangmana peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 3 hingga 5 sehingga petang dan kemudian rombongan dipelawa untuk berbuka dengan masyarakat setempat di kampung “Berserat”.

Selepas berbuka & solat Maghrib, rombongan dibahagikan kepada dua iaitu dua orang akan menginap di rumah kakitangan FEHRD dan dua orang lagi termasuk ketua rombongan akan bermalam di rumah Abg Mail.

Pada esokkan hanya yang merupakan hari terakhir di Selatan Thailand, rombongan dibawa perkuburan Sultan Melayu terkahir Pattani iaitu Sultan Sulaiman dan kemudiannya ke rumah cucu atau waris terakhir kesultanan tersebut yang mesra dipanggil Pok Ku.

Di rumah Pok Ku, beliau telah menceritakan asal usul kesultanan Malayu Pattani dan saat berakhirnya kesultanan tersebut sehingga akhirnya kerajaan Siam dapat menawan seluruh tanah Pattani dibahagian Selatan Thailand ini.

Sehingga tengah hari rombongan di rumah Pok Ku & kemudian Abg Mail membawa rombongan ke stesyen van penumpang di Bandar Yala. Perjalanan dari Yala ke Tabal memakan masa selama dua jam dan selamat sampai di jeti sempadan sewaktu masuknya asar .

Di Tabal-AYATA:






Di Majlis Memperingati Peristiwa Tragedi Takbai :








Bersama En.Dahlan



English Camp :










Pusat Tabligh Wilayah Yala :





Ziarah Pok Ku :