Halaman

Jumaat, Mac 18, 2011

ABIM ZIARAH WARGA KURANG BERNASIB BAIK

Pada 6 Mac yang lalu, ABIM bersama pelajar kelas Khidmat Masyarakat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan penduduk Taman Sri Gombak Fasa 7 menyatakan rasa prihtain terhadap sebahagian keluarga yang kurang bernasib baik dalam kawasan perumahan tersebut melalui program ziarah Prihatin. Ziarah yang melibatkan kunjungan kepada 6 buah keluarga terpilih ini turut menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Ziarah bertujuan menimbulkan rasa prihatin dan kasih yang tinggi terutama di kalangan pelajar tersebut terhadap masyarakat luar yang tidak berkeupayaan. Ziarah ini juga diharapkan dapat menjadi medan lapangan praktis selain meningkatkan kemahiran dan keupayaan sosial di kalangan peserta dalam mendepani masyarakat yang lebih besar. Program diadakan bersempena Program khidmat masyarakat bertemakan “Health Awareness Campaign” yang dianjurkan secara bersama dengan mengadakan ceramah, pameran, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.