Halaman

Ahad, Februari 06, 2011

TURDA DEKATKAN ABIM DENGAN AKAR UMBI


Setiausaha Agung (SUA) serta delegasi ABIM telah menziarahi beberapa daerah. Program ini yang juga dikenali sebagai TURDA ataupun Turun Daerah, diadakan unutk meninjau perkembangan cawangan-cawangan ABIM di peringkat daerah dan mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh pimpinan ABIM Daerah. Selain itu pihak SUA turut juga berkongsi aspirasi dan perkembangan terkini ABIM agar segala hala taju dan perkembangan terkini pimpinan ABIM dapat dikongsi oleh semua lapisan pimpinan ABIM terutama sekali di peringkat akar umbi

Pakej TURDA meliputi lawatan mesra SUA mendekati masyarakat dan belia setempat yang mengandungi pakej interaksi bersama pelajar IPT, motivasi di sekolah-sekolah, ceramah isu semasa Islam bersama masyarakat setempat, usrah bersama pimpinan ABIM Daerah dan khidmat masyarakat membantu masyarakat yang memerlukan. Ini memperkukuhkan lagi peranan ABIM selaku Gerakan Ilmu dan Bakti .

Maklumbalas y positif terutamanya daripada YDP ABIM Besut, al-Fadhil Ustaz Zaiman al-Besuty dan YDP ABIM Batu Pahat saudara Azlan Sharif yang menzahirkan kegembiraan mereka ketika kehadiran rombongan SUA.

Setakat ini, pihak SUA sudah menjelajah ke ABIM Batu Pahat, ABIM Bandar Melaka dan ABIM Besut. Pihak SUA bakal meneruskan TURDA ini dan destinasi seterusnya berkemungkinan bersama ABIM Teluk Intan dan ABIM Bentong".