Halaman

Ahad, Februari 06, 2011

ABIM LANCARKAN GERAKAN BANTU MANGSA BANJIR

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan gerakan untuk membantu mangsa banjir di Johor. Pada ketika ini, banjir di Johor terkini telah menjejaskan kehidupan penduduk di 10 daerah utama. Dari maklumat yang diterima oleh ABIM, seramai 47000 orang telah dipindahkan ke pusat bantuan banjir di seluruh daerah di Johor dan daerah yg paling teruk terjejas adalah di Segamat dan Batu Pahat, dan keadaan dijangka akan menjadi lebih teruk selepas ini.

Atas kesedaran serta dasar keprihatinan ini, ABIM melalui Skuad Prihatin ABIM telah melancarkan tabung kewangan membantu mangsa banjir negeri Johor dan bantuan gerak cepat di Batu Pahat dan Segamat yang terjejas teruk akibat banjir. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai penyediaan barang keperluan utama untuk diagihkan, iaitu beras, minyak masak, dan makanan mi segera dan biskut dan ubat-ubatan .

Skuad Prihatin ABIM serta bilik gerakan ABIM Pusat akan diketuai oleh Dr. Mohd Saifullah Alhany b. Abdul Halim. ABIM akan menghantar pasukan perubatannya pada hari sabtu dan ahad ke kawasan terbabit, di samping menggerakkan pasukan membersih serta mencuci rumah-rumah mereka yang terjejas teruk akibat banjir. ABIM mengalu-alukan sebarang bantuan tersebut ke pejabat ABIM pusat dan sumbangan kewangan untuk dan juga penyertaan sukarelawan untuk menyertai misi membantu mangsa banjir di Johor. dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saudari Liza dan saudara Shakir di talian 03-41084500 / 013-212-8466/ 013-3877722.