Halaman

Ahad, November 21, 2010

Program ICT Royal Kelantan : Pihak ABIM Kelantan Menerima Kunjugan Pihak MOSTI


Pada 15 November 2010, pihak ABIM Kelantan telah menerima kunjungan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains , Teknologi & Inovasi (MOSTI) iaitu Dato' Dr. Sharifah Zarah Binti Syed Ahmad bersama Encik Suhaimi dan Puan Rosmaini ke Pusat ICT Royal Kelantan bertempat di Kompleks Masjid Al-Hikmah ABIM Kelantan (KMH).

Rombongan daripada MOSTI itu disambut oleh YDP ABIM Kelantan Ust Faisal Abdullah, Ketua Justify FullHelwa Puan Nadrah, En. Ahmad Zulkifli pembentang terkini projek ICT dan En. Mazlan Pengurus Sekretariat ABIM.

Tujuan rombongan itu adalah untuk lawatan ke tapak bagi projek "Community Find"(CIF) : Projek Celik & ICT Royal Kelantan dan pihak ABIM Kelantan selaku pengendali untuk membentangkan perkembangan terkini serta memberi penerangan tentang perjalanan projek yang telah berjalan selama 3 minggu oleh Pengarah projek iaitu En. Faizul Afzan dan dibantu oleh En. Ahmad Zulkifli Khir Low.

Selepas perbincangan dua hala antara pihak ABIM dan MOSTI selama 3 jam setengah itu, pihak MOSTI telah memberi respon yang baik terhadap Projek Diraja Kelantan di bawah YDMM Sultan Muhammad Faris Petra ( Sultan Mumammad ke-5) ini dan pihak MOSTI akan membantu dalam pelbagai aspek seperti dana dan kemudahan yang diperlukan.

Kemuadian pihak MOSTI telah menyampaikan sumbangan raya kepada 30 orang pelajar yang terdiri daripada Mualaf, orang Asli dan orang tempatan.