Halaman

Khamis, Oktober 21, 2010

Wanita dunia masih jauh tercicir dalam politik


BANGSA-BANGSA BERSATU: Wanita di seluruh dunia masih berdepan kekangan untuk berjaya dalam kerjaya politik dan ramai di antara golongan itu terus dibelenggu keganasan.

Menurut laporan The World’s Women 2010 dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam, hanya tujuh daripada 150 ketua negara yang dipilih terdiri daripada wanita dan ia menunjukkan perubahan kecil berbanding dekad lalu.


Pada masa sama, isu keganasan fizikal, seksual dan psikologi terus menjadi fenomena universal walaupun perubahan berjaya dilakukan dalam aspek kesihatan dan pendidikan.


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata banyak lagi yang perlu dilakukan, terutama mendekatkan jurang jantina dalam masyarakat serta menghalang keganasan terhadap wanita. - AFP