Halaman

Ahad, Oktober 03, 2010

Misi Sambutan Eidil Fitri Di Post Hendrop



Pada 24 September 2010, ABIM Kelantan bersama Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOA) menjalankan misi ke perkampungan orang asli Gua Musang untuk sambutan Hari Raya di Post Hendrop di Kampung Pelug dan Kampung Ber.

ABIM Kelantan di wakili Setiausaha Negeri, Saudara Hafeez, Exco Negeri, Saudara Syahiran, dan Exco Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK), iaitu Saudara Zul Amin bersama-sama pihak IOA Kelantan iaitu Ayah Din, Ayah Lik, Saudara Nazrin, Pakcik Din, Umi dan beberapa orang adik-adik orang asli dari Perak dan Sabah.

Konvoi empat buah pacuan empat roda IOA bertolak pada jam 10npagi kerana mengejar waktu solat jumaat di Masjid Gua Musang dan makan tengah hari disana. Pada jam 3petang pasukan Konvoi kambali menyambung perjalanan dan sampai di Kampung Pelung,Post Hendrop pada jam 6.30 Petang.

Bila rombongan tiba, kami disambut oleh masyarakat disana lebih-lebih lagi kanak-kanak orang asli yang cukup gembira dan juga ketua kampung di situ.

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) yang merupakan cawangan JAKIM di Kelantan telah menempatkan dua orang ustaz iaitu Ustaz Adnan dan Ustaz Din, bagi memberi pengajian agama Islam kepada masyarakat di situ.

Setelah kesemua rombongan tiba, tanpa melengahkan masa barang-barang keperluan di keluarkan bagi proses penyediaan masakan. Masyarakat setempat turut bersama-sama bergotong-royong membantu mempercepatkan persiapan makanan.

Selepas Insya' makanan sudah siap dimasak dan diagihkan kepada masyarakat orang asli disitu. yang tua dan muda turut datang untuk menikmati hidangan Nasi Hujan Panas berlaukkan Ayam Gulai.

Pada keesokkan harinya, rombongan bertolak ke sebuah lagi kampung yang diberi nama kampung Ber dan kami di sambut oleh masyarakat setempat dan Penghulu disitu yang cukup peramah. Tanpa melengahkan masam kami terus memulakan penyediaan makanan untuk majlis hari raya di sebelah tangah harinya.

Setelah makanan siap dimasak, masyarakat di jamu juga dengan hidangan Nasi Hujan Panas yang berlaukkan daging gulai.

Pada jam 1 tengah hari, kami memulakan perjalanan pulang dan selamat sampai di Markaz IOA Kok Lanas lewat petang.

Ayah Lik sedang memeriksa barangan sebelum bertolak


Hafeez, Zul Amin dan Nazrin berehat di masjid Gua Musang

Tiba Di hendrop


Sekolah untuk guru-guru yang mengajar di pedalaman

Rumah Orang Asli

Tabika


Suasana di Kg Pelug


Surau di Kg Pelug

Rumah2 di Kg Pelug


Rombongan Baru Tiba

Dilengkapi dengan sistem solar


Gotong Royong


Saudara Hafeez SU ABIM sedang berbual degna Ust Adnan


Syah dengan Ridwan dengan menyediakan air


Zul Amin sibuk memotong ayam

Sudah Siap..

Sesi pembahagian hadiah dari anak-anak angkat


Anak2 org asli menikmati jamuan raya

kelihatan ayah Din (baju putih) dan ayah Lik (Baju Gelap)
dan Ust Din ( Baju gelap) sedang menikmati hidangan bersama penghulu.

Hafeez dan Zul Amin Sedang mengagihkan makanan

Wakil Kg Pelug sedang bagi ucapan penghargaan


Ust Adnan

Sarapan Pagi


Jamuan di Kampung Ber

Syah dan Hafeez bergambar di depan dewan Kg. Ber


Umi (Baju Merah Jambu) sedang agihkan makanan

Masyarakat Kg. Ber




Syah dan Nazrin bergambar dengan Penghulu


Saudara Hafeez dengan muka cerianya walaupun kepenatan


Ayah Din Sedang berbual dengan Umi sambil memerhatikan
proses memasak jamuan di Kg Ber


Ayah Din dan Hafezz bersama anak2 orang asli


Zul Amin dan Syah bersambar dalam dewan
diperbuat dengan buluh di Kg Pelug


Ayah Lik (berkopiah ) sedang melayan karenah anak2 orang asli

Bergambar kenang-kenangan