Halaman

Rabu, Oktober 06, 2010

Kaji dulu sebelum dikaitkan makhluk halus

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') mengakui memang ada perkara mistik dan berkaitan makhluk halus yang mengganggu manusia di mana-mana tempat.

Pengamal perubatan itu, Jufry Shamsuddin berkata, kalangan alim ulama tidak menafikan perkara itu, namun sesuatu kes perlu dikaji terlebih dulu sebelum mengaitkannya dengan gangguan makhluk halus bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat.


“Kita tak pernah menafikan perkara itu, namun sebelum mengaitkannya dengan perkara mistik, kena kaji terlebih dulu untuk mendapatkan kesahihan.


“Ini kerana ada kes lain, anak selalu juga hilang sehingga ibu bapa menganggap ia angkara makhluk halus, tetapi sebenarnya disebabkan perkara lain,” katanya mengulas kejadian aneh berlaku kepada seorang gadis dari Besut, Terengganu, sejak dua bulan lalu.


Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, Besut, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja dan tengah malam sebelum ditemui semula di beberapa lokasi.


Jufry berkata, soal kesembuhan bukan terletak di tangan bomoh, sebaliknya pada Allah.


“Serahlah pada Allah, mudah-mudahan Allah selamatkan manakala empunya diri juga hendaklah turut beramal, berdoa, bersolat dan berzikir,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kajidulusebelumdikaitkanmakhlukhalus/Article