Halaman

Sabtu, Oktober 09, 2010

Bahasa Melayu hadapi cabaran semakin hebat

Bahasa Melayu yang dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan kini menghadapi cabaran semakin hebat kerana dihimpit budaya luar, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata orang Melayu terutama kalangan cerdik pandai turut mengalami krisis psikologi kerana apabila mereka berbahasa Melayu, mereka akan disifatkan sebagai kekampungan manakala berbahasa Inggeris akan di pandang tinggi.

"Keadaan ini amat berbeza di negara Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman kerana mereka maju dan berjaya berlandaskan bahasa ibunda mereka yang diguna pakai dalam sebarang urusan rasmi, perniagaan dan perdagangan serta ekonomi," katanya ketika melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di Melaka, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Mohd Ali berkata kegagalan untuk menulis dan bertutur secara fasih dalam bahasa Melayu di kalangan generasi pascamerdeka tidak boleh dimaafkan.

- Bernama