Halaman

Isnin, September 06, 2010

23 terkorban pada hari kedua Ops Sikap 22


KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kematian dicatat pada hari kedua Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lalu kepada 33 orang.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari pertama kempen itu ialah 10 orang.


Selain itu, sebanyak 1,322 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 133 di lebuh raya, 398 di jalan persekutuan, 215 jalan negeri, 485 jalan bandaran dan 91 lagi di jalan-jalan lain.


Sebanyak 8,522 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.


Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 September.-Bernama