Halaman

Ahad, Julai 18, 2010

Muktamar ABIM Kelantan ke- 37


Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Kelantan telah berlangsung jayanya pada 17 Julai 2010 bersamaa dengan 5 Sya'ban 1431 Hijrah bertampat di Rumah Anak-anak Yatim Puteri Harapan (RPH), Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Muktamar Sanawi merupakan himpunan tahunan bagi ahli-ahli ABIM di setiap daerah dan juga agensinya bagi membincangkan perkara-perkara yang memerlukan pandangan ahli bagi menambahbaikkan lagi prestasi gerak kerja serta menetapkan halataju seterusnya.

Pembukaan Muktamar Sanawi dimulakan dengan perbarisan kehormat Pasukan Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan yang di wakili pelajar-pelajar sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Kota Bharu. Pertubuhan Briged Bakti Malaysia (BBM) merupakan salah satu agensi ABIM yang menerapkan nilai-nilai Islam dan Moral melalui unit beruniform di sekolah menengah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Asma'ul Husna, lagu Negaraku dan lagu rasmi ABIM oleh Saudara Syed Mohd Farid yang juga DJ Kelantan FM, kemudian ucapan alu-aluan oleh YDP ABIM Kelantan, iaitu Ust. Faisal Bin Abdullah kemudian ucaptama daripada Presiden ABIM pusat, Ust. Mohd Razah bin Idris dan dirasmikan oleh YBhg. Encik Md Sulji bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Pada tahun ini, ABIM Kelantan menyahut seruan ABIM Pusat dengan mengambil fokus untuk dua tahun iaitu Gerakkan Ilmu dan Bakti yang akan menumpukan kepada kegiatan berteraskan keilmuan dan menyemai budaya ilmu di kalangan anak-anak muda serta mempergiatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan perasmian simbolik disempurnakan oleh Presiden ABIM.

Selepas majlis berhenti untuk jamuan ringan, persidangan dimulakan oleh pengerusi tetap, Ust Abdullah mantan YDP ABIM Pengkalan Chepa kemuadian perbentangan minit mensyuarat muktamar lepas serta laporan dan aktiviti oleh Setiausaha Negeri, iaitu Saudara Alami, perbentangan perbelanjaan oleh Ust Fadhlul, Setiausaha Kewangan dan pembubaran pimpinan sesi 2009/2010.

Pada sesi kali ini, barisan pimpinan sedikit perubahan dengan menampilkan empat orang muka baru iaitu saudara hafiz sebagai setiusaha, Ust Che Soh, saudara Syafiq dan saudara Roslan sebagai exco.

Turut hadir dalam muktamar kali ini, iaitu YB. Ust Muhammad Bin Mustapha, ADUN Demit yang merupakan mantan YDP ABIM Kelantan ke-5, Ust Mustapha, mantan YDP ABIM ke6,En. Che Yob bin Mahmood, Setiausaha Briged Bakti Malaysia bersama Dr. Rosmadi Pengerusi BBM Kelantan, Ust Wan Hassan, Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) serta timbalannya Ust Ghazali, Saudara Zaiman dari ABIM Besut, En. Kamaruzzaman bin Kutty, Mantan YDP Persatuan Pebimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) serta beberapa pimpinan serta aktivis senior.




























Disediakan oleh:
Mohd Syahiran Bin Muhammad
Unit ABIMedia