Halaman

Rabu, Jun 02, 2010

Bengkel Multimedia ABIM Kelantan


Bertempat di pejabat operasi ABIM Kelantan, satu bengkel kerja ICT telah diadakan melibatkan petugas sepenuh masa ABIM yang terdiri daripada beberapa agensi utama iaitu TASKI, SRI, IOA,RPH, KMH dan Sekretariat Pengurusan dan Operasi. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Sdr. Shahiran - Ketua Biro Siswazah Muda. Bengkel tersebut diadakan bagi memberi pendedahan mengendalikan web site agensi masing-masing. Ini sejajar dengan perkembangan semasa yang menuntut ABIM melakukan penyesuaian berhubung sistem penyampaian dan interaksi komunikasi terkini.

Adalah diharapkan ABIM Kelantan akan dapat meningkatkan interaksi dua hala secara lebih berkesan antara pelbagai agensi dan institusi dalaman disamping sistem penyampaian sistematik dan kemas sebagai wahana interaksi sosial ABIM dan masyarakat.