Halaman

Rabu, Januari 27, 2010

ABIM Membina Jaringan Antarabangsa Di Geneva


Saudara Jufitri Joha, Exco Hubungan Antarabangsa ABIM Pusat telah melakukan kunjungan ke Geneva selama tiga hari. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membina jaringan antarabangsa belia dan dakwah untuk ABIM.

Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran lanjut mengenai keadaan umat Islam di Switzerland selepas isu pengharaman pembinaan menara masjid.

Saudara Jufitri sempat mengunjungi Yayasan Kebudayaan Islam Geneva merangkap Masjid Geneva dan bertemu Sheikh Rashid Farhat. Selain itu, beliau turut berkesempatan mengunjungi Pusat Islam Geneva di bawah kendalian Dr. Hani Ramadan, cucu kepada Imam Hasan al Banna.