Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan didaftarkan secara rasmi pada 05 hb Mac 1971 dengan nombor rujukan pendaftaran Bil (2) dlm. R.of S. 882/71-2. Yang Dipertua ABIM Negeri Kelantan yang pertama dilantik ialah Tuan Kamaruddin Tuan Muhammad 1973-1974.
Pada tahun 1974-1977 dipimpin oleh Drs. Abd. Ghani Azmi Idris.
Tahun 1978-1981 diterajui oleh Ust. Muhammad Daud Iraqi. Dipimpin kembali oleh Drs. Abd. Ghani Azmi pada 1981-1983. Pada tahun 1983-1993 dipimpin pula oleh Ust. Wan Hassan Wan Muhammad.
Tahun seterusnya iaitu 1993-2000, Ust. Muhammad Mustaffa dipilih sebagai YDP ABIM. Kemudian beralih kepimpinan kepada Ust. Mustaffa Mat Daud pada 2000-2007.
Bagi penggal seterusnya sejajar dengan perkembangan akta pertubuhan belia, ABIM Kelantan telah mengambil inisiatif dan tindakan pro aktif untuk membariskan kepimpinan muda bawah 40 tahun dengan memilih Ust. Mohd Faisal Abdullah sebagai YDP ABIM Kelantan yang ke 7 mulai tahun 2008 hingga kini. Dan pada 31.12.2008, ABIM Kelantan telah mengajukan permohonan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai komitmen ABIM untuk berpartisipasi dalam ruang ringkup idealisme dan aktivisme kebeliaan.
VISI
” Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah”
MISI
” Gerakan Belia Islam yang Komprehensif untuk merealisasikan
Cita-Cita Islamiyyah”
BUDAYA
i. Menghayati budaya ilmu
ii. Menghayati amalan kerohanian
iii. Menghayati amalan syura dan ’Amal Jamai’yy
iv. Memahami dan melibatkan diri dengan isu semasa
v. Menghayati Ruhul Jihad di jalan Allah swt.
FUNGSI DAN PERANAN
Sekretariat ABIM Kelantan (SAK) merupakan nadi kepada gerakan dan aktiviti ABIM di peringkat negeri dan daerah. SAK dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian pengurusan dan bahagian operasi. SAK berperanan melaksanakan tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti seperti merancang, melaksana dan menyelaras segala urusan gerakan dan aktiviti di peringkat negeri dan daerah, dan menyediakan program latihan kemahiran dan kepimpinan.
MISI DAN AKTIVITI
Dakwah dan Tarbiyyah
Misi ini diletakkan dibawah gerak kerja Teras Dakwah dan Tarbiyyah, diketuai oleh Tim. YDP dengan bantuan Ketua Biro Dakwah dan staf sepenuh masa yang terlatih untuk melaksanakan program tarbiyyah ahli-ahli supaya mencapai kualiti yang telah ditetapkan termasuklah program utama seperti usrah dan tamrin.
Kaderisasi dan Latihan Pengupayaan Sukarelawan
Misi ini diletakkan dibawah penyeliaan Pen. Setiausaha untuk melaksanakan program perkaderan, mengenalpasti kesinambungan dan pertambahan keahlian ABIM baru dari segi kualiti dan kuantiti. ABIM Kelantan juga menubuhkan pelbagai platform sebagai mekanisme pertemuan dan perbincangan dengan golongan remaja dan anak-anak ahli bergerak dalam organisasi.
Pembangunan Sosial
Misi ini menumpukan isu-isu sosial yang semakin gawat di kalangan komuniti bandar dan luar bandar. Program perkhidmatan sosial ini terbahagi kepada beberapa program utama seperti Program Pembangunan Komuniti Setempat (PKS) dan program umum seperti bengkel, seminar berkaitan isu-isu semasa serta program khidmat komuniti.
Pusat Pembangunan Kecemerlangan Komuniti
Keluarga, Wanita, Belia dan Remaja (PAKAR-ABIM)
Misi ini diketuai oleh Ketua Hal Ehwal Wanita ( HELWA). Berperanan dalam menyediakan program-program pembangunan wanita dan keluarga serta aktiviti kesedaran kepada masyarakat perihal isu-isu wanita, kekeluargaan, belia dan remaja.
Pendidikan
ABIM Kelantan menerusi aktiviti pendidikan berkonsepkan Pendidikan Bersepadu merupakan salah satu sumbangan penting ABIM Kelantan. Program Pendidikan ABIM Kelantan ialah Pra Sekolah, Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) dan Sek. Ren. Islam Al-Hikmah (SRI).
Penataran ( Islamic Outreach ABIM )
Misi menyampaikan maklumat Islam kepada masyarakat bukan Islam. Justeru, IOA-ABIM Kel ditubuhkan menggerakkan usaha-usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam terutamanya Orang Asli dan masyarakat non muslim. Selain itu pelbagai perkhidmatan dan bantuan disediakan bagi pemeluk Islam yang baru khususnya dalam memberi bimbingan dan ketahanan di Pusat Latihan Orang Asli Kok Lanas disamping projek-projek khas dari masa ke semasa.
SENARAI INSTITUSI/ AGENSI ABIM KELANTAN

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan ( PPIK )

Islamic Outreach ABIM (IOA)

Briged Bakti Negeri Kelantan ( BBNK )

Sek.Ren.Islam Al Hikmah ( SRI )


Rumah Putera & Puteri Harapan (RPH )

Kompleks Masjid Al-Hikmah (KMH )

Koperasi Belia Islam ( KBI )

Yayasan Al-Maa’uun ( YAM )

Pusat Pembangunan Kecemerlangan Komuniti;PAKAR ABIM

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Kelantan)
10 PERKARA ASAS TARBIAH ABIM
Rabbaniah : Bersumberkan dari wahyu Allah swt
Wasatiyyah : Pendekatan kesedrhanaan dan seimbang
Ijabiyyah : Positif dalam memandang alam, manusia dan kehidupan.
Waqi'yyah : Memahami reliti setempat
Akhlakiyyah : Menjaga adab, etika dan tatasusila sebagai mana akhlak Rasulullah SAW yang terpuji (68:4)
Syumuliyyah : Pendekatan menyeluruh
'Alamiyyah : Pendekatan Global
Syuriyyah : Syura sebagai sistem terpenting dalam membuat keputusan
Jihadiyyah : Melaksanakan tugas dakwah dengan seluruh potensi dimanfaatkan secara maksima
Salafiyyah : Memastikan keaslian dan kemurnian Islam terpelihara dari penyimpangan
PERINSIP DAN JATIDIRI PERGERAKAN ABIM
Konsep
- Dakwah & Tarbiah
- Juru Bicara Umat
- Non- Partisan (tidak memihak/mewakili kepada mana-mana parti @pihak)
- Menegakkan Kebenaran dan Keadilan
- Manhaj Malizyy
SIKAP ABIM TERHADAP BEBERAPA ISU
1. Masalah Khilafah
2. Nasionalisme (Patriotik/Kebangsaan)
3. Perlaksanaan Islam
4. Pembangunan
5. Politk Kepartian
6. Tasawuf
7. Islah Sosial
8. Perpaduan Ummah
9. Kebudayaan
YDP ABIM KELANTAN
1- Tuan Kamaruddin Bin Tuan Muhammad
2-Drs. Ab. Ghani Azmi Bin Haji Idris (Telah Kembali ke Rahmatullah 1998)
3-Dato' Hj. Muhammad Daud "Iraqi"
(Mantan ADUN Demit/Ketua Dewan Ulamak PAS)
4-Ust. Wan Hassan Bin Wan Muhammad
5-Ust. Muhamad Bin Mustafa (ADUN Demit)
6-Ust. Mustaffa Bin Mat Daud,smk
7-Ust. Mohd Faisal Bin Abdullah (Kini)
ABIM PUSAT

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala sdr Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung.

Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah.

Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya.


LAGU RASMI ABIM
Menegakkan kebenaran
Memperjuangkan keadilan
Satu perjuangan demi keimanan
ABIM bangunkan usaha
Angkatan Belia Islam
Angkatan maju cemerlang
Mengorak langkah lalui cabaran
ABIM tetap gigih berbakti
Bangunlah belia islam
Persiapkan keupayaan
Membela kedaulatan
ABIM terus ke hadapan
Menghadapi masa depan
Dengan penuh keyakinan
Hasrat dirangsangkan
Tekad perkuatan
ABIM terus berjasa